UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
Berlakon ialah salah satu teknik pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P). Aktiviti lakonan menjadi lebih menarik apabila murid-murid dapat berinteraksi dan berkomunikasi. Di samping menguji kemahiran berbahasa, murid juga berpeluang melihat aksi rakan-rakan ketika berlakon. Selain menyeronokkan, murid-murid juga lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak. Banyak faedah dan kebaikan yang diperoleh apabila murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Lakonan dapat memberi hiburan dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berani, sabar dan prihatin dengan persekitaran. Justeru itu, peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dahulunya Kementerian Penerangan Malaysia amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan minat dan bakat berlakon murid berkembang secara terancang. Perkara ini sejajar dengan kegiatan kokurikulum di sekolah yang bertujuan memupuk semangat perpaduan antara kaum da.....
Article Published 2014 1872 hits Available
2
Abstract
Kajian ini membincangkan Nilai-nilai Intelektual dalam Drama Ismail Kassan. Pengkaji telah menggunakan sepuluh drama Ismail Kassan sebagai teks kajian iaitu “Pelayaran Inderaputera II”, “Sabda Sang Pendeta”, “Syajar”, “Menanti Puteri Hijau”, “Istiqamah”, “Gelanggang Tuk Wali”, “Dejavu Seorang Perempuan”, “Kilung Musung”, “Kembang Cempaka Sari” dan “Bukan Dejavu”. Objektif kajian ialah mengenalpasti nilai-nilai murni berasaskan ciri-ciri watak baik dan intelektual dalam drama Ismail Kassan. Selain itu, menganalisis nilai-nilai intelektual berasaskan nilai-nilai murni dan ciri-ciri Aspirasi Murid dalam drama Ismail Kassan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif dan analisis teks dengan menggunakan teori Gagasan Persuratan Baru oleh Mohd Affandi Hassan yang menekankan prinsip watak-watak baik, yang mendokong ilmu dan kebijaksanaan. Nilai-nilai intelektual adalah berasaskan 17 nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Aspirasi Murid.....
Thesis Published 2017 1973 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesesuaian penanaman buah-buahan di negeri Perlis berdasarkan tanaman paling dominan seperti mangga, anggur, pisang dan tembikai. Terdapat enam pembolehubah utama yang terlibat dalam proses analisis ruangan; suhu maksimum, jumlah hujan tahunan, kelembapan bandingan, topografi, guna tanah dan siri tanih negeri Perlis. Kajian mengaplikasikan sistem maklumat geografi (GIS) berasaskan perisian ArcGis 9.3 bagi tujuan pembangunan pangkalan data, membuat analisis dan penilaian. Algorithma Inverse Distance Weight (IDW) digunakan untuk membuat analisis ruangan ke atas pembolehubah yang terlibat dengan menetapkan skala kesesuaian. Teknik analisis berhierarki (AHP) juga dibangunkan dalam GIS bagi menganalisis dan menilai kesesuaian penanaman buah-buahan di Perlis. Teknik ini menggunakan nilai pemberat dalam menentukan pembolehubah paling utama yang mempengaruhi kesesuaian penanaman buah-buahan di Perlis. Hasil kajian menunjukkan tanaman mangga, anggur, pisa.....
Thesis Published 2014 3465 hits Available
4
Abstract
Pineapple (Ananas comosus) is one of the tropical fruits that is cultivated in Malaysia for export as well as domestic use. Unfortunately, the production is heavily affected by the red tip disease which was detected in the southern part of Malaysia 3 decades ago. Despite the identification of this disease, causal agent receives less attention from researchers. Nevertheless, symptoms associated with this infection and the mode of transference inside the plantations indicate viral-like disease. RNA extracted from the pineapple infected leaves introduced to Nicotiana tabacum cv. Coker by kneading the plant leaves to extract fresh sap. Yellowish necrosis was detected three weeks after artificial inoculation. The staining of the fresh diseased sample and inoculated Nicotiana tabacum cv. Coker showed the existence of round particles with an average diameter of 94.25nm under the transmission electron microscope. SDS-PAGE analysis revealed proteins bands similar to those of tospovirus at 25, 5.....
Article Published 2021 1457 hits Available
5
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekangan dalam mempelajari subjek Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan bumiputera di Sarikei, Sarawak. Masyarakat bukan bumiputera merupakan kaum majoriti di daerah Sarikei, Sarawak. Masyarakat bukan bumiputera tersebut berfokus kepada masyarakat berbangsa Cina dari keturunan etnik Foochow, Kantonis dan Hokkien. Oleh sebab itu, majoriti pelajar di sekolah ini adalah merupakan pelajar berbangsa Cina dan minoritinya adalah kaum bumiputera. Setiap pelajar yang mendapat pendidikan formal di sekolah kerajaan harus mempelajari dan menguasai serta sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan mereka mendapat sijil penuh. Keputusan ujian dan peperiksaan SPM mendapati bahawa pelajar bukan bumiputera ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Pencapaian pelajar yang.....
Article Published 2022 760 hits Available
6
Abstract
Tadika merupakan institusi pendidikan awal yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pendidikan awal di tadika merupakan platform utama untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak bagi membolehkan mereka meneroka, memahami dan mengenali dunia dengan mengaplikasikan kaedah bermain sambil belajar. Faktor persekitaran pembelajaran luar kelas yang kondusif dari aspek fungsi, landskap serta sistem permainan yang interaktif turut menyumbang kepada perkembangan psikomotor kanak-kanak. Namun begitu, pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di persekitaran luar kelas kurang dilaksanakan oleh guru-guru tadika atas faktor keselamatan, kekurangan fasiliti serta reka bentuk persekitaran luar kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor persekitaran pembelajaran persekitaran luar kelas yang mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Untuk mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif menggunakan pendekatan kaji.....
Article Published 2024 767 hits Available
7
Abstract
Social support is a critical factor in helping older adults prevent diseases and reduce health risks as they age. The connection between social networks and health outcomes highlights the importance of understanding how various sources of support contribute to disease prevention, particularly with the growing prevalence of chronic health conditions among older adults. This study aims to examine both informal and formal sources of social support in mitigating health risks among Malaysian older adults. Using a qualitative case study approach, 24 older adults from Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), an activity centre for older adults, were interviewed to gain detailed insights into their experiences. The study findings were analyzed using thematic analysis. The findings revealed that family serves as the primary support system, providing emotional and practical assistance essential for health maintenance. Additionally, friends, neighbours, community organizations and government initiatives.....
Article Published 2024 400 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.