|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 4 |
| 1 | 2017 Article | Adaptation of the creative development theory in developing creativity among year 1 students Zakaria Ahmad Faizul, Anuar Roslaili, 709 hits |
| 2 | 2018 Thesis | Daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial di mukim Serendah Mohd Faizul Muhammad Kajian ini bertujuan mengkaji daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial yang sedia ada di Mukim Serendah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Aspek daya tampung kemudahan sosial dianalisis berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD). Pensampelan rawak mudah berstrata digunakan untuk memilih seramai 400 orang responden di kawasan Mukim Serendah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan daya tampung kemudahan sosial terpilih mengikut kawasan di Mukim Serendah. Kemudahan sosial yang paling banyak tidak memenuhi piawaian seperti digariskan oleh pihak JPBD adalah di Bukit Beruntung. Hampir kesemua kemudahan pendidikan tadika pula memenuhi piawaian seperti yang digariskan oleh pihak JPBD dan selari dengan pandangan pengguna terhadap daya tampung k..... 834 hits |
| 3 | 2023 Final Year Project | Analisis prestasi dayatahan kardiovaskular, ketepatan tendangan dan kemahiran mengelecek dikalangan pemain futsal Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhammad Farhan Mohamad Faizul Tujuan utama kajian ini untuk mengkaji kekuatan dominan bagi pasukan futsal UPSI.
Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk bentuk secara non-eksperimental telah digunakan
dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan
20 orang pemain yang mewakili pasukan futsal UPSI yang meyertai kejohanan Liga Futsal
Institusi Pengajian Tinggi dan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (SUKIPT). Rata-rata subjek
terdiri daripada 20 tahun sehingga 24 tahun. Terdapat tiga jenis instrumen yang digunakan iaitu
Massey Futsal Shooting Test (MSFT), Bleep Test, dan Slalom Dribble Test. Data dianalisis
dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan
demografi subjek yang terlibat dan analisis inferensi pula melibatkan Korelasi-Pearson. Dapatan
kajian menggunakan korelasi-pearson menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
kumpulan eksperimen p = -0.809 bagi hubungan daya tahan kardiovaskular dan kemahiran
mengel..... 1628 hits |
| 4 | 2023 Thesis | Amalan organisasi pembelajaran dan kepimpinan guru di Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi Daerah Petaling Selangor Faizul Izham Aminuddin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan organisasi pembelajaran
dengan kepimpinan guru Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi Daerah Petaling di
negeri Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam
kajian ini. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 200 orang guru Sekolah
Kebangsaan Berprestasi Tinggi Daerah Petaling, Selangor. Pemilihan sampel kajian
ini adalah menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Pengumpulan data bagi
kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini telah
diadaptasi daripada Learning Organization Questionnaire for School (LOQS) dan
Teacher Leadership Inventory (TLI). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan
organisasi pembelajaran (min = 4.27, SP = 0.27) dan tahap kepimpinan guru (min =
4.42, SP = 0.35) berada di tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan
terdapatnya hubungan positif yang signifikan pada tahap amat kuat antara kedua-dua
pemboleh ubah ( r = 0.79, p < 0..... 464 hits |