AbstractKajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh kemahiran komunikasi, kemahiran
profesionalisme dan kemahiran literasi teknologi ke atas kebolehpasaran graduan
dalam kalangan mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), semester 7 di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
kuantitatif iaitu borang soal selidik dengan menggunakan skala Likert lima mata
melalui aplikasi google form. Sampel kajian terdiri daripada 235 orang mahasiswa
tahun akhir, iaitu mahasiswa semester 7 Fakulti Pengurusan dan Ekonomi di
Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) menggunakan teknik pensampelan mudah.
Analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan profil responden. Manakala,
analisis inferens, iaitu analisis regresi linear pelbagai digunakan untuk menguji
pengaruh kemahiran komunikasi, kemahiran profesionalisme dan kemahiran literasi
teknologi ke atas kebolehpasaran graduan. Hasil dapatan kajian menunjukkan
pengaruh yang signifikan antara kemahiran.....