AbstractPenyelidikan ini bertujuan menginterpretasi isu yang menjadi argumentasi dalam
masyarakat melalui bentuk penghasilan karya visual hitam putih. Gabungan teknik
konvensional dan perkembangan teknologi terkini sebagai medium merakamkan imej
fotografi, meningkatkan pembangunan seni visual tempatan dalam memperkenalkan
kepelbagaian teknik melalui penghasilan karya. Artis rujukan yang terlibat dalam
kajian ini adalah Angelíca Dass, Andy Warhol, Mikio Hasui, Raghubir Singh, Mohd
Azlan Mohd Latib, Nirmala Shanmughalingam dan Ismail Zain. Penerokaan idea yang
dirujuk melalui artis rujukan adalah melalui tema kemanusiaan menjadi hubung kait
argumentasi lokaliti dikembangkan melalui penghasilan karya eksperimentasi dari
sudut kepelbagaian teknik. Metodologi kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah
penyelidikan studio yang berasaskan eksperimentasi, pandangan kritis refleksi kendiri
dan ulasan kontekstual. Konsep teori fotografi hitam putih dan konsep seni
appropriation dijadikan .....