UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Farah Aida Sanip |
1 | 2015 thesis | Penilaian kesedaran strategi metakognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan pelajar Biologi Farah Aida Sanip Kajian ini bertujuan menilai kesedaran strategi metakognitif dan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar Biologi berdasarkan jantina, jenis dan lokasi sekolah. Responden terdiri daripada 300 orang pelajar Biologi tingkatan empat daripada sembilan buah sekolah menengah di negeri Johor. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata. Inventori Kesedaran Strategi Metakognitif (MAI) dengan dua konstruk utama, pengetahuan tentang kognitif dan regulasi kognitif digunakan untuk menentukan tahap kesedaran strategi metakognitif. Ujian KBAT dengan empat aras pembelajaran taksonomi tersemak Bloom (aplikasi, analisis, penilaian, penciptaan) digunakan untuk mengukur tahap KBAT dalam kalangan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran strategi metakognitif yang tinggi tetapi tahap KBAT rendah dalam kalangan responden. Analisis statistik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran strategi metakognitif dan KBAT ..... 1383 hits |