AbstractPenyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji secara mendalam dan terperinci tentang eksplorasi seni sebagai terapi bagi pelukis catan di Malaysia. Fokus kajian adalah
meneroka perkembangan proses seni sebagai terapi terhadap amalan serta
kepentingannya kepada pelukis-pelukis dalam pembangunan seni catan kontemporari
Malaysia. Kajian ini melibatkan analisis seni sebagai terapi ke atas 10 orang pelukis
catan kontemporari Malaysia melalui penyelidikan kualitatif dengan pendekatan kajian
kes intrinsik. Penjelasan kerangka teori adalah berpandukan pada aspek formalistik seni
yang dilihat tepat bagi menjawab persoalan dan objektif dalam kajian ini. Pemetaan
kerangka konsep yang digunakan dalam penyelidikan mendasari tentang imej dan tema
karya, teknik dan proses penghasilan karya serta luahan rasa yang mewujudkan unsur
terapi terhadap diri pelukis. Kaedah pengumpulan data menerusi temu bual semi
berstruktur, visual rakaman, pemerhatian pelukis dan karya seni serta dokumentasi
digunak.....