AbstractKajian ini dilaksanakan bagi tujuan meninjau tahap pengetahuan, sikap dan amalan,
perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan mengikut jantina anak dan hubungan antara
pengetahuan dengan sikap, pengetahuan dengan amalan dan sikap dan amalan
berkaitan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut
perspektif ibu bapa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu
jenis kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak prasekolah
di beberapa beberapa buah sekolah di daerah Klang. Pemilihan sekolah dilaksanakan
secara rawak mudah dan kesemua ibu bapa di sekolah tersebut terlibat untuk
menjawab soal selidik yang diedarkan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal
selidik yang mempunyai kesahan (CVI > 0.90) dan kebolehpercayaan(nilai pekali
alpha: 0.45-0.80) yang baik. Data dianalisis dan dihuraikan berdasarkan peratusan,
kekerapan,mod, ujian t dan ujian korelasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan (71.9%) dan s.....