UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

1
Abstract
Model teater fitrah merupakan satu kerangka dalam menentukan fitrah sesebuah teater. Dalam hal ini, model teater fitrah merupakan acuan daripada prinsip teater fitrah yang dikemukakan Noordin Hassan. Ironinya, model teater fitrah merupakan satu model yang telah dikembangkan bersandarkan kepada prinsip teater fitrah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya (model dan prinsip) tetap menyalurkan konsep pementasan yang jitu berasaskan agama Islam. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan mengaplikasikan model teater fitrah terhadap drama “Tiang Seri Tegak Berlima” karya Noordin Hassan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat berdasarkan kepada prinsip yang pertama sahaja iaitu beriman kepada Allah SWT dengan melihat watak dan perwatakan yang terdapat dalam skrip drama tersebut. Berdasarkan kajian lepas, kajian mengenai teater fitrah banyak dilakukan terhadap teater Noordin Hassan selepas munculnya konsep teater fitrah. Kebanyakannya menyentuh soal konsep teater fitrah tanpa mengaitkan d.....
Article Published 2019 990 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.