UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Pelbagai jenis platform teknologi digital dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdp) di dalam bilik darjah. Namun, guru Sains masih menghadapi pelbagai cabaran masa kini dalam mengaplikasikan teknologi digital ketika sesi Pdp. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti cabaran masa kini penggunaan teknologi digital dan mengkaji hubungannya dengan tempoh pengalaman mengajar guru. Reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian adalah secara rawak mudah yang melibatkan 110 bilangan sampel guru mata pelajaran Sains sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Kinta Selatan dan Manjung. Borang soal selidik mengandungi dua bahagian, Bahagian A melibatkan jantina dan pengalaman mengajar, manakala Bahagian B melibatkan cabaran masa kini penggunaan teknologi digital. Data dianalisis adalah secara deskriptif menggunakan peratus, skor min dan sisihan piawai bagi menjelaskan dapatan kajian kedua- dua bahagian tersebut. Analisis deskriptif menj.....
Final Year Project Published 2024 1112 hits Available
2
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  kedudukan  watak-watak  wanita  dalam  sistem patriarki  kekeluargaan  berdasarkan  teori  subaltern  yang  diutarakan  oleh  Gayathri  Spivak.  Mengikut  teori  tersebut,  dalam  konteks  kajian  terhadap  wanita-wanita  yang  tertindas  oleh  golongan lelaki dalam patriarki kekeluargaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara  deskriptif berdasarkan analisis dokumen iaitu, teks cerpen ‘Am’m?vukku’. Pemilihan cerpen   ‘Am’m?vukku’  berdasarkan  kepada  teks  cerpen  yang  lengkap  dan  ia  memberi  fokus kepada  wanita Subaltern. Data diperoleh dianalisis secara analisis tematik melalui pembacaan dan  penelitian bahan kajian, pemilihan data teks cerpen mengikut watak-watak wanita dalam sistem  patriarki kekeluargaan, menyusun dan membuat rumusan. Setiap sembilan cerpen yang dikaji  mengandungi watak-watak  wanita yang berbeza penindasan terhadap dirinya. S.....
Thesis Published 2020 2170 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.