UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  idea  altematif  mu.rid  dan  menstruktur semula  idea altematif dengan menggunakan aktiviti dan perbincangan yang berkaitan dengan   menggunakan    konsep  kartun.  Reka  bentuk  kaedah-bercampur  digunakan dalam  kajian  ini.  Pensampelan   bertujuan  digunakan  dengan  melibatkan  45  orang mu.rid tahun 5 di sebuah Sekolah Rendah  Jenis  Kebangsaan  (Tamil) di Daerah Hulu Selangor. Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini,  iaitu satu siri enam konsep  kartun,  ujian  pencapaian  pra  dan  pasca  bertajuk  "Cahaya"  dan   protokol temubual.   Data   dianalisis   dengan   menggunakan   analisis   deskritif   dan    inferens. Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  terdapat  enam  kategori  idea  altematif  dalam  tajuk  (i)   Jawapan  Betul  dan  Justifikasi  Betul;  (ii)  Jawapan  Betul  dan  Justifikasi  separa  betul;  (iii)  Ja.....
Thesis Published 2018 1564 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan kesediaan guru terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Matematik. Reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian pula dijalankan secara rawak melibatkan guru mata pelajaran Matematik dari 12 buah sekolah di daerah Pasir Gudang. Dalam kajian ini, soal selidik mengandungi 3 bahagian, iaitu profil demografi responden, pengetahuan dan kesediaan responden tentang KBAT. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai bagi menjelaskan ketiga- tiga bahagian dalam soal selidik. Analisis deskriptif menjelaskan mengenai pengetahuan dan kesediaan guru Matematik terhadap KBAT, manakala statistik inferens pula melibatkan ujian-t, ujian ANOVA dan ujian korelasi yang menerangkan perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai pengetahuan (M=2.44, SP=0.501) dan kese.....
Thesis Published 2023 1271 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.