UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 19
12005
Thesis
Penggunaan perisian autograph dalam pengajaran topik graf fungsi kuadratik di kalangan pelajar tingkatan empat
Nurihan Nasir
This research is aimed at finding out the effectiveness of using the Autograph software in the teaching of Quadratic Function Graph. The format used in this research is Quasi Experiment non-equivalent group design. The teaching and learning of Quadratic Function Graph using the software was carried out in one of the schools in Tapah, Perak. A comparison is then made with the traditional method of teaching this topic to Form Four Science stream students. A total of students (intact group) are selected as respondents. The students’ test achievement is based on the different increase in the mean score test (post – pre) between the treatment and the control group. The test questions were prepared according to the levels of knowledge, understanding and application of concept (according to the Taxonomy of Bloom) in the topic. The result shows that the increase in the achievement mean score of the treatment group is overall better in the topic of Quadratic Function Graph, including knowle.....

1850 hits

22015
Thesis
Kesan kaedah suai gabung graf terhadap kemahiran menggraf gerakan linear dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Afandi Samat
Kajian ini bertujuan menentukan kesan penggunaan kaedah Suai Gabung Graf (SGG) terhadap kemahiran di dalam topik Gerakan Linear dalam Fizik Tingkatan Empat. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan kaedah eksperimen kuasi. Skor pelajar dikumpul dengan menggunakan Penilaian Kemahiran Menggraf Gerakan Linear (PKM). Instrumen tersebut ditadbirkan dalam dua sesi pengujian iaitu praujian dan pascaujian yang setara. Perbandingan min skor pelajar dianalisis menggunakan ujian-t. Seramai 197 orang pelajar Tingkatan Empat telah dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 101 orang dalam kumpulan kawalan dan 96 orang dalam kumpulan ujikaji. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran menggraf gerakan linear kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan yang signifikan. Namun begitu, tiada perbezaan yang signifikan antara min skor pascaujian kedua-dua kumpulan tersebut. Kesimpulannya, kaedah SGG memberikan kesan interaksi positif yang lebih tinggi terhadap kemahiran menggraf gerakan l.....

1211 hits

32017
Article
Teknik Dais : satu kaedah pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran melakar graf fungsi eksponen dan logaritma
Aw Yang Ai Shin, Ku Jenny Fui Ling,
1455 hits

42021
Article
Pengajian Malaysia dan penerimaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dalam era “Wawasan Global”
Graf, Arndt
Kertas ini memfokuskan pada hubungan antara Pengajian Malaysia dengan pnerimaan antarabangsa bahasa Melayu pada era “Wawasan Global”. Dengan kebangkitan ekonomi Malaysia sejak 1970an, Pengajian Malaysia menjadi smakin popular di banyak negara. Analisis ini menujukkan bahawa dalam artikel bidang ilmu kemanusiaan dan sains sosial yang diliputi Web of Science (WoS) Core Collection, pengarang dari Malaysia menguasai Pengajian Malaysia, dengan jatah pasaran lebih daripada 86 % pada 2020. Pada masa yang sama, penyelidik dari 117 negara didapati aktif dalam bidang itu. Kertas ini menghujah bahawa inovasi teknologi dalam penyelidikan, khususnya pangkalan data yang mempunyai sifat “Akses Terbuka” dan “Pencarian dalam Teks Penuh”, seperti MyCite, menyumbang pada kerelevanan bahasa Melayu yang semakin meningkat dalam Pengajian Malaysia di peringkat antarabangsa.  ..

245 hits

52023
Final Year Project
Hubungan antara sikap terhadap pembelajaran Fizik dengan tahap penguasaan Graf Gerakan Linear dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dalam daerah Kota Setar
Muhammad Syarifuddin Abd Razak
Kajian ini bertujuan melihat korelasi di antara sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan tahap penguasaan graf gerakan linear. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengkaji sikap pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Setar terhadap Fizik, mengkaji tahap penguasaan pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Setar untuk Graf Gerakan Linear dan mengkaji hubungan antara sikap terhadap Fizik dengan tahap penguasaan Graf Gerakan Linear dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Setar. Reka bentuk kajian ini adalah yang Pemilihan sampel adalah secara rawak berkelompok di mana seramai 70 sampel daripada pelajar tingkatan 4 telah dipilih di sebuah sekolah daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini menggunakan satu soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A matlumat pelajar, bahagian B pentaksiran Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) dan bahagian C Pentaksiran Graf Gerakan Linear (PGGL). Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa sikap pelaja.....

1061 hits

62023
Thesis
Pembangunan dan kebolehlaksanaan buku digital RTGraf bagi topik Rangkaian dalam Teori Graf Tingkatan 4
Nik Nur Ainaa Athirah Rozaimi
Kajian ini bertujuan membangunkan buku digital RTGraf bagi topik Rangkaian Teori Graf Matematik KSSM Tingkatan 4 sebagai bahan bantu mengajar dan menilai kebolehlaksanaannya terhadap guru. Pendekatan yang digunakan ialah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) berasaskan model ADDIE. Kajian reka bentuk dan pembangunan melibatkan tiga fasa utama iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan dan Fasa Implementasi dan Penilaian. Teknik pengumpulan data adalah melalui soal selidik dan protokol temu bual. Responden kajian seramai 38 orang guru matematik Tingkatan 4 di daerah Pasir Mas yang dipilih secara rawak mudah. Dapatan analisis keperluan menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan buku digital RTGraf. Manakala dapatan pengesahan pembangunan buku digital RTGraf berdasarkan kesepakatan dari semua item dalam aspek teknikal, aspek reka bentuk antara muka buku digital RTGraf dan aspek interaktiviti pengajaran adalah tinggi. Dapatan soal selidik pe.....

491 hits

72023
Thesis
Pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran PGeL bagi topik Graf Gerakan Linear Fizik Tingkatan Empat
Norul Naim Makhtar
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menentukan keberkesanan modul pembelajaran Graf Gerakan Linear (PGeL) ke atas pencapaian pelajar tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan berdasarkan model reka bentuk instruksional ASSURE. Modul tersebut dibangunkan dengan mengintegrasikan elemen tongkolan, simulasi komputer, pendekatan POE (meramal-memerhati-menerangkan) dan teknik grafik. Keberkesanan modul pembelajaran PGeL pula dikaji menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Seramai 94 orang pelajar sekolah menengah di zon Kuala Lumpur dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak berkelompok dan dibahagikan kepada dua kumpulan: kumpulan rawatan (N=51) dan kumpulan kawalan (N=43). Keberkesanan modul pembelajaran PGeL diuji menggunakan set soalan ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul pembelajaran PGeL yang dibangunkan mempunyai nilai kesahan muka dan kesahan kandungan yang tinggi iaitu masing-masing .....

486 hits

82024
Final Year Project
Hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut
Siti Amirah Hanisah Mohd Asri
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat di daerah Larut, mengkaji tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear dan mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut. Reka bentuk kajian ialah kajian korelasi yang melibatkan seramai 84 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0 untuk menentukan frekuensi, peratus dan pekali korelasi. Hasil dapatan ialah gaya pembelajaran utama pelajar tingkatan empat ialah gaya pembelajaran berkumpulan dengan peratus 91.7%. 88.1% memilih gaya pembelajaran visual, 70.2% memilih gaya pembelajaran individu, 65.5% memilih gaya pembelajaran muzikal dan gaya pembelajaran matematikal mencatat peratus yang tere.....

197 hits

92016
Article
Sistem Sokongan Keputusan untuk menilai dan memantau prestasi guru: kajian rintis di SMK Bachok, Kelantan
Mohamad Samuri Suzani, Abdul Ghani Hermaelisrani, Rahmatullah Bahbibi, Ab Aziz Nurul Syakilah,
7823 hits

102003
Monograph
Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM
Noordin Abu Bakar, Abu Bakar Bhasah, Saad Noor Shah, Mohd Tajudin Nor‘ain,
8497 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.