AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Literasi Bacaan Digital dan menilai kesannya terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membaca bahasa Tamil. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang berasaskan Model ADDIE yang merangkumi tiga fasa utama iaitu analisis, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian yang dilaksanakan secara sistematik dan menyeluruh. Pada fasa pertama, analisis keperluan dijalankan dengan menggunakan tiga instrumen utama iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian dan soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan membangunkan Modul Literasi Bacaan Digital dalam bahasa Tamil bagi murid Tahun Tiga di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa murid menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca merentasi tiga kategori murid iaitu lemah, sederhana dan cemerlang. Guru-guru juga mencadangkan penggunaan modul dalam bentuk digital sebagai pendekatan yang berkesan untuk memba.....