AbstractKajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan untuk memahami aplikasi Komik
Toondoo dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) gaya bahasa dalam puisi
Melayu moden bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Kajian ini dibahagikan
kepada tiga aspek berdasarkan soalan kajian iaitu mengenalpasti masalah dalam PdPc
gaya bahasa puisi Melayu moden, membangunkan rancangan mengajar berbantukan
komik Toondoo dan mendapatkan maklum balas murid terhadap PdPc gaya bahasa
berbantukan komik Toondoo. Teori konstruktivisme oleh Jean Piaget dan Lee
Vygotsky digunakan dalam kajian ini untuk menerangkan perkembangan kognitif
pelajar melalui pembinaan pengetahuan baharu tentang puisi Melayu moden manakala
teori kolaboratif menerangkan pembelajaran aktif pelajar secara berkumpulan. Reka
bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kes dan mengumpul data melalui temu
bual. Lima guru dan 10 pelajar Kesusasteraan Melayu dipilih menjadi informan
menggunakan teknik persampelan bertujuan. Instrumen kaj.....