AbstractKajian ini bertujuan meneroka proses perkembangan psikologi pelajar Pendidikan Moral
dengan menggunakan teknik pembikinan filem pendek sebagai rangsangan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral. Kajian kualitatif ini dijalankan dalam reka bentuk kajian
tindakan. Model kajian tindakan Zuber-Skerrit telah digunakan untuk melihat proses
perkembangan psikologi dari aspek sensitiviti moral, pertimbangan moral dan motivasi
moral murid-murid Pendidikan Moral tingkatan 4. Murid-murid terlibat dalam proses pembikinan
filem pendek iaitu membuat papan cerita, berlakon, menonton dan menganalisis filem.
Daripada tiga kelas pengajaran yang mempunyai 120 orang murid hanya seramai 18 orang murid telah
dipilih sebagai peserta kajian untuk mengumpul data dengan menggunakan teknik temu
bual, pemerhatian, catatan jurnal d.....