UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini mengkaji personaliti dan cara gaya belajar pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera di sekolah menengah. Kajian ini melibatkan seramai 247 orang pelajar dari aliran sains dan 355 orang pelajar dari aliran sastera dari lima buah sekolah yang berbeza di sekitar daerah Larut Matang dan Selama. Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferensi. Bagi mengukur personaliti pelajar, ujian EPQ dengan 21 item skala ekstrovert-introvert digunakan. Instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn digunakan. Lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang digunakan adalah kategori persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal. Dapatan kajian mendapati, sebahagian besar pelajar daripada aliran sains (76.11%) adalah berpersonaliti extrovert. Bagi aliran sastera, bilangan pelajar yang menunjukkan personaliti extrovert dan introvert tidak menunjukkan perbezaan yang besar, 46.48 peratus berpersonaliti extrovert.....
Thesis Published 2013 1880 hits Available
2
Abstract
Murid yang terpilih mengikuti tahfiz aliran perdana di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan murid-murid yang dianggap mampu dan layak untuk mengikuti kedua-dua aliran iaitu akademik dan hafazan dengan baik dan seimbang. Justeru, pelbagai gaya dan strategi yang digunakan oleh murid-murid ini bagi menguasai pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid sekolah tahfiz aliran perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dan menganalisis hubungan gaya pembelajaran murid tersebut dengan penguasaan akademik dan hafazan murid berdasarkan model visual, aditori, reading & writing dan kinestetik (VARK) dan Ibn Khaldun. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Seramai 495 responden dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min.....
Thesis Published 2024 229 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.