UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi guru-guru pelatih pendidikan Islam di dalam bilik darjah. Kajian melibatkan 150 orang responden yang terdiri daripada guru IPG Kampus Bangi dan UPSI yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang dibina telah disahkan oleh beberapa pakar penilai dan juga melalui kajian rintis dengan nilai kebolehpercayaan (Pengetahuan Pedagogi, α=0.850), (Pengetahuan Kandungan, α=0.879), (Pengetahuan Teknologi, α=0.902), (Pengetahuan Tentang Murid, α=0.905) dan (Nilai, α=0.918). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian mendapati tahap kompetensi guru pelatih adalah tinggi dengan (min=4.18). Berdasarkan hasil ujian-t, didapati tidak ada perbezaan signifikan antara tahap kompetensi guru berdasarkan jantina (t=1.861, p=0.065) dan tahap kompetensi berdasarkan institusi (.....
Thesis Published 2022 2940 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penerimaan pelajar terhadap aplikasi Augmented Reality (AR) dan hubungannya terhadap sikap dalam pembelajaran kimia organik. Faktor kebergunaan dan kemudahgunaan telah dipilih untuk dikaji hubungannya dengan sikap pelajar menggunakan AR. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik atas talian dijalankan ke atas sampel kajian. Instrumen kajian adalah berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini melibatkan 62 orang responden pelajar tingkatan enam aliran STEM. Pemilihan responden adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap penerimaan AR dalam kalangan pelajar manakala analisis inferens pula digunakan untuk mengukur korelasi hubungan faktor penerimaan AR dan sikap pembelajaran kimia organik dalam kalangan pelajar. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap pen.....
Article Published 2024 365 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.