UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Tujuan kajian ialah untuk mengukur kesan Intervensi Modul Rakan Mentor (MRM) ke atas penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian dijalankan ke atas 90 subjek (30 dari Kumpulan Rawatan MRM Individu, 30 dari Kumpulan Rawatan MRM Kelompok, dan 30 dari Kumpulan Kawalan) dalam kalangan pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah Universiti Swasta. Subjek Kumpulan Rawatan didedahkan dengan Intervensi MRM sebanyak sepuluh sesi yang mengambil masa sepuluh minggu. Instrumen Rosenberg Self-Esteem Scale dan Achievement Goal Questionnaire, serta gred keputusan trimester digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester dalam ukuran praujian dan pascaujian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min, serta analisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA, ujian ANCOVA, dan ujian Mann Whitney U. Hasil kajian menunjukkan Interv.....
Thesis Published 2016 2811 hits Available
2
Abstract
Tahun 2000, menyaksikan lebih banyak perkhidmatan awam di negara ini terinovasi melalui penggunaan kaedah elektronik. Perkhidmatan secara elektronik yang melibatkan permohonan, pembayaran, maklumat, komunikasi, perolehan, pungutan suara, pengurusan khidmat pelanggan dan aduan awam, bukan sahaja menjimatkan masa dan kos malah mampu mengurangkan khidmat konvensional melalui kaunter dan telefon, seterusnya membolehkan kakitangan awam memberi tumpuan kepada tugas yang lebih penting. Sungguhpun inovasi perkhidmatan ini dilihat cekap, namun kecekapan sebenarnya bergantung kepada penerimaannya dalam kalangan rakyat. Penggunaan inovasi ini dengan skala besar dan berterusan adalah penting agar matlamat dasar e-kerajaan itu tercapai. Bagaimanapun berdasarkan kajian, penerimaan ke atas inovasi ini khususnya melibatkan pembayaran elektronik melalui e-servis adalah rendah sungguhpun setelah lapan tahun perkhidmatan ini disediakan. Faktor yang mempengaruhi penggunaan tersebut ialah persepsi rakyat t.....
Article Published 2011 1372 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.