UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini menyelidik status pemakanan dalam kalangan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor. Seramai n=60 orang pelajar yang tinggal di asrama yang berusia 14 tahun (n=18 lelaki, n=13 perempuan) dan 16 tahun (n=16 lelaki, n=13 perempun) terlibat sebagai subjek kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk ‘one short study’ melibatkan lima komponen kajian iaitu pemeriksaan prevalan malnutrisi, lipatan kulit, indeks jisim badan, nisbah ukur lilit pinggang-pinggul dan tekanan darah. Data-data yang dikutip diproses secara statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16. Berdasarkan lima komponen yang dikaji menunjukkan semua atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor berada dalam keadaan normal kecuali pemeriksaan prevalan malnutrisi memperlihatkan tiga orang atlet lelaki didiagnosis sebagai kes brittle dan dua orang atlet lelaki lagi sebagai kes bone deformities. Disarankan pemakanan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor hendaklah mengikut Recommended Nut.....
Thesis Published 2013 531 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan GERALIN sebagai pentaksiran subtopik gerakan linear dan mengenal pasti kebolehgunaan permainan GERALIN dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan dan tinjauan berpandukan model ADDIE. Sampel yang dipilih ialah seramai 41 orang pelajar tingkatan 4 di dua buah sekolah menengah di kawasan Selama, Perak dengan menggunakan kaedah persampelan kelompok. Instrumen yang digunakan ialah borang kesahan pakar dan juga borang soal selidik kebolehgunaan. Borang kesahan pakar dianalisis dengan menggunakan peratus persetujuan pakar manakala borang soal selidik kebolehgunaan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Tiga orang pakar daripada guru-guru sekolah menengah telah dipilih untuk membuat kesahan pada instrumen dan mendapat nilai peratus persetujuan yang baik bagi kesahan muka permainan GERALIN ialah 94.44% dan kesahan muka kandungan permainan GERALIN ialah 94.44%. Kajian rintis yang telah dilaksanakan mendapat n.....
Final Year Project Published 2025 418 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.