UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Setoi atau Setol atau Satun merupakan wilayah negeri Kedah hingga ke Perjanjian Bangkok 1909. Pada mulanya ia ditadbirkan oleh para penghulu dan ketua-ketua kampung hingga Sultan Abdullah al-Mukkaram Syah (1778-1797) mengangkat anakanda baginda Tunku Bisnu sebagai Raja Muda menguasai Perlis dan Setoi. Wilayah Setoi menjadi wilayah rasmi dengan kuasa autonomi apabila Rama II (1809-1821) melantik Tunku Bisnu sebagai rajanya. Setelah penaklukan Siam ke atas Kedah 1821-1830, Setoi dijadikan wilayah tersendiri walaupun secara tidak rasmi masih dianggap sebagai wilayah Kedah. Rama III mengangkat Tunku Muhamad putera kepada Raja Bisnu sebagai Raja Setoi (1843). Oleh kerana ketidakcekapan keturunan Tunku Muhamad memerintah, Sultan Abdul Hamid, Kedah melantik seorang pegawai dari Kedah, Ku Din bin Ku Meh menjadi pentadbir Setoi. Pelantikan beliau kemudian memperlihatkan kemusnahan kekuasaan kerajaan Kedah ke atas Setoi. Ku Din kemudian dilantik oleh King Chulalongkon sebagai raja Setoi dan keka.....
Article Published 2016 1565 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah modul pembelajaran gitar untuk pelajar sekolah menengah rendah berasaskan konsep bite-size learning menggunakan platform TikTok. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan pembangunan berasaskan model ADDIE dan dilaksanakan sehingga peringkat penilaian pakar. Modul ini dibina berdasarkan 14 topik utama pembelajaran gitar dan dirangka mengikut pendekatan teori Pembelajaran Kognitif Multimedia, Teori Beban Kognitif, dan Pembelajaran Masteri. Setiap topik disusun dalam format video pendek berdurasi 1_2 minit dengan objektif yang jelas dan berpandukan skrip yang telah direka bentuk secara sistematik. Seramai lima orang pakar menilai kandungan dan struktur modul manakala lima orang guru muzik sekolah menengah ditemu bual bagi mendapatkan maklum balas terhadap kesesuaian kandungan modul. Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan bite-size learning menerusi skrip video TikTok berpotensi membantu pelajar memahami asas permainan g.....
Thesis Published 2025 121 hits Available
3
Abstract
Artikel ini berkisar tentang kehidupan seorang buruh Jalan Kereta Api bernama Maut Halimi Ibrahim. Beliau menjalani hidupnya sebagai seorang yang lahir dalam keluarga yang daif. Sikap dan semangat beliau yang ingin membantu meringankan beban keluarganya memaksa beliau untuk mencari nafkah dan kerja di merata tempat sehingga akhirnya beliau terpedaya dengan kempen yang ditawarkan oleh tentera Jepun dalam pembinaan landasan kereta api Thailand-Burma. Pelbagai rintangan dugaan serta penindasan yang terpaksa dihadapi beliau demi meneruskan hidupnya..
Article Published 2023 553 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.