UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Media Sosial boleh diklasifikasikan sebagai media baharu dalam kehidupan masyarakat masa kini. Perkembangan teknologi digital menyebabkan wujudnya media sosial di dalam dunia siber. Medium ini juga merupakan salah satu bentuk interaksi yang baharu dalam kehidupan masyarakat kerana boleh berhubung tanpa perlu bersemuka dan berada di dunia maya. Media sosial juga dapat memudahkan segala urusan masyarakat sama ada urusan peribadi mahupun urusan pekerjaan. Walau bagaimanapun, kewujudannnya juga mampu memberi ancaman kepada masyarakat sekiranya disalahgunakan seperti jenayah siber, provokasi, fitnah dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat, mengenal pasti impak penggunaan media sosial dan langkah-langkah bagi membendung penyalahgunaan media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu data sekunder seperti laporan dari web rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akhbar dan artikel jurnal bag.....
Article Published 2023 1066 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti komponen internship kaunseling yang menjelaskan kepada situasi stres terhadap kaunselor pelatih yang menjalankan internship di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 157 orang responden bagi pengumpulan data deskriptif dan empat orang partisipan bagi data sokongan. Dapatan analisis deskriptif dan temubual mencadangkan bahawa terdapat empat komponen dalam perlaksanaan internship kaunseling sebagai penyumbang utama kepada stres dalam kalangan kaunselor pelatih iaitu perlaksanaan sesi kaunseling individu, perlaksanaan sesi kaunseling kelompok, pengurusan dan pentadbiran (pengurusan fail dan rekod; dan penulisan laporan) dan isu peribadi (kewangan). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa lebih daripada separuh responden mengalami stres yang memerlukan kepada bantuan. Justeru, kajian ini mencadangkan penekanan terhadap aspek kesejahteraan mental dan penjagaan diri kaunselor pelatih, penyeliaan yang berkuali.....
Article Published 2024 553 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincang faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa universiti awam menggunakan media sosial, mengenalpasti bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa universiti dan menganalisis langkah-langkah yang boleh diambil oleh mahasiswa untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ancaman jenayah siber. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual 30 orang Mahasiswa melalui perbincangan kumpulan fokus dari lima buah Universiti Awam terpilih dan informan elit yang terdiri daripada dua orang ahli akademik dan dua orang pegawai PDRM. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor penggunaan media sosial oleh mahasiswa adalah untuk mencari hiburan, berkomunikasi, mencari dan berkongsi maklumat, mengikuti isu semasa, menjana pendapatan dan membeli barangan atas talian. Antara bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa adalah melalui panggilan telefon, penghantaran mesej, penggodaman akaun media s.....
Thesis Published 2025 159 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.