UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

2
Abstract
Penelitian makalah ini terhadap pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan peranan agamawan sebagai pencetus kebangkitan ummah. Pemerintahan tentera Jepun mencetuskan ketegangan hubungan di antara komuniti Cina dan Melayu berikutan prasangka. Polarisasi perkauman yang berakar umbi diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan berikutan pengunduran tentera Jepun dan kemunculan komunis. Kezaliman komunis ketika melegitimasikan kuasa menyebabkan golongan agamawan menjadi pemersatu masyarakat Melayu sehingga membawa kepada pembentukan Kumpulan Parang Panjang. Perbincangan akan menjurus asal mula pola masyarakat majmuk yang dicetuskan oleh British sehingga membawa kepada pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Turut diteliti ialah peranan agamawan yang menyampaikan kesedaran mengenai kepentingan bersatupadu dan membanteras kezaliman komunis serta mempertahankan survival orang Melayu. Ilmu persilatan dan kebatinan Melayu digunakan sebagai medium mempertahankan kesucian agama Islam. Golongan agamawan mencetuskan.....
Article Published 2023 1002 hits Available
3
Abstract
Makalah ini membincangkan mengenai keterangan lisan sebagai sumber sejarah yang penting dalam meneliti sejarah konflik Melayu-Cina yang tercetus selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dan kaya dengan peradaban serta tradisi lisan yang sudah sebati dan diwarisi sejak turun-temurun. Malaysia telah melewati evolusi sejarah bermula dengan penjajahan kuasa luar sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pelbagai dimensi baharu dan penting perlu digarap serta diteliti bagi mendapatkan penceritaan saksi proto dan maklumat yang sahih. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kezaliman komunis telah menimbulkan impak keruncingan hubungan kaum di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan. Dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih kedapatan ruang kosong yang boleh ditampung dengan penggunaan keterangan lisan. Penggunaan keterangan lisan memberikan cabaran yang tersendiri dalam me.....
Article Published 2024 501 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.