AbstractBerdasarkan analisis terhadap laporan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada sebelum Perang Dunia Kedua terdapat pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Kelantan seperti masalah pelacuran, khalwat dan bersekedudukan, rogol, ajaran sesat dan murtad. Perbincangan artikel ini memfokuskan kepada bentuk ajaran sesat iaitu ajaran yang menyimpang daripada sudut akidah, syariat atau ibadat, rukun Islam dan syariat tetapi bukan rukun Iman serta kombinasi akidah dan syariat. Selain itu, artikel ini membincangkan mengenai latar belakang penyebar ajaran sesat seperti jantina, bangsa dan faktor tarikan individu berkenaan. Seterusnya, artikel ini juga mencerakinkan pelbagai faktor berlakunya masalah murtad dalam kalangan segelintir masyarakat Melayu Islam Kelantan. Antara faktor yang dikenal pasti ialah kurang kefahaman terhadap agama Islam, percintaan dan perkahwinan dengan pasangan yang bukan beragama Islam. Dapatan kajian menunjukkan penyebar ajaran ses.....