UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengklasifikasikan kesalahan bahasa dari aspek bentuk kata. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Cina Tahap 2 di enam buah sekolah SJKC di Daerah Asajaya. Data kajian terdiri dari Kertas Ujian PraUPSR AR2 Bahasa Melayu dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1981). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Secara keseluruhan, memang terdapat masalah penguasaan morfologi oleh pelajar Cina Tahap 2 mengikut jenis bentuk kata merangkumi kesalahan bentuk kata selapis 45.24 %, kata terbitan 40.48%, kata ganda 9.52% dan kata majmuk 4.76%. Dapatan menunjukkan penguasaan morfologi pelajar Cina masih pada tahap kurang memuaskan. Kajian ini amat penting agar setiap warganegara dapat menguasai dan fasih berbahasa Melayu serta mempunyai kesedaran untuk melazimi bahasa Melayu sebagai resam utama kehidupan...
Article Published 2021 1678 hits Available
2
Abstract
Sustainable development is a long-term and comprehensive building concept. In the perspective of hadith, the concept of sustainable development includes life in two dimensions of nature which must be built in a sustainable, balanced and intact manner. If you can achieve the essence of happiness in the previous world, you will get true happiness in the next world. This worldly life is the path to the afterlife. Happiness in the hereafter will be made easier by first enjoying happiness in the life of this world. Keywords:Concept, Sustainable Development, Hadith Perspective..
Article Published 2022 504 hits Available
3
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat persepsi dan tahap amalan pengurusan terhadap keselamatan dan kesihatan di kalangan guru, murid dan ibu bapa di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (SMPKPPP) dalam bentuk peratus. Kajian ini melibatkan sampel seramai 120 orang yang terdiri dari 40 orang guru, 40 orang murid dan 40 orang ibu bapa di SMPKPPP. Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat konstruk iaitu konstruk A, B, C, dan D. Konstruk A adalah mengenai latar belakang diri responden. Konstruk B pula memfokuskan kepada persepsi responden terhadap keselamatan dan kesihatan murid. Konstruk C menyentuh aspek-aspek persekitaran fizikal. Manakala konstruk 0 pula bertujuan untuk mengenal pasti masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan responden telah bersetuju bahawa SMPKPPP mempunyai amalan pengurusan.....
Thesis Published 2004 649 hits Available
4
Abstract
Penyelidikan ini bertajuk Perspektif Feminisme dalam Karya Tari Terpilih Ciptaan Ni Putu Ari Handayani yang dikaji menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kaedah analisis kualitatif sebagi proses inkuiri untuk memahami masalah sosial berdasarkan isu-isu perempuan. Manakala kajian kes deskripsi dan penerangan yang melibatkan koreografi yang merefrsentasikan kekuatan perempuan. Kajian ini juga menggunakan teori feminis eksistensialisme oleh Simone De Beauvoir (2019) dan teori simbol Susanne K. Langer (2006). Kajian ini membincangkan masalah gender wanita Sasak dalam penciptaan karya tari Ni Putu Ari Handayani. Sebagai koreografer wanita di Lombok, Nusa Tenggara Barat, Ni Putu melihat fenomena sosial dalam masyarakat khususnya yang berkaitan dengan wanita. Ni Putu membangkitkan topik wanita dalam karya tari beliau khususnya berkaitan peranan dan fungsi kewanitaan dalam tradisi Sasak. Fenomena wanita dalam budaya Sasak sentiasa melekat pada aspek inferiority yang dalam .....
Thesis Published 2023 227 hits Available
5
Abstract
Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas yang berasal daripada negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau telah menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah sejak tahun 2011. Dalam tempoh dua tahun beliau telah berjaya mengislamkan 269 orang non-muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti petani, pemburu, paderi, pastor gereja, pelajar dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof, faktor-faktor tarikan kepada pendekatan dakwah dan masalah kepada pendekatan dakwah beliau dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara perpustakaan dan lapangan. Data kajian secara lapangan dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan menemu bual informan yang telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) di Kampung Padang, mukim Sepulut, Pensiangan, Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat.....
Thesis Published 2016 3654 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis metode dakwah Rasul Ulul ‘Azmi berdasarkan Tafsir Ibn Kathir atau dikenali dengan Tafsir al-Quran al-Azm. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpul data melalui kajian kepustkaan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah analisis kandungan (content analisys) mengikut tema. Hasil analisis menunjukkan ayat-ayat al-Quran berkaitan metode dakwah Rasul Ulul ‘Azmi dalam Tafsir Ibn Kathir berasaskan al-hikmah, al-maw’izzah al-hasanah dan al-mujadalah. Penjelasan ayat-ayat tersebut bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia dapat membantu pendakwah untuk memahami metode dakwah yang terbaik. Tambahan pula, penerangan yang diberikan turut dikaitkan dengan ayat al-Quran bagi meneguhkan lagi keyakinan dan panduan yang baik dalam menyampaikan dakwah agama Islam. Hal ini kerana, dakwah tanpa perancangan atau panduan yang betul mungkin kurang efektif dalam menyampaikan mesej dakwah tersebut. Seterusnya, melalu.....
Article Published 2024 247 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.