UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 9
12016
Thesis
Pembinaan model berstruktur pencapaian Matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran Matematik
Nor Hashimah Abu Bakar
Kajian ini bertujuan membina model berstruktur pencapaian matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran matematik. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Data diperolehi daripada subjek kajian melalui instrumen penilaian transisi dan orientasi pembelajaran matematik. Subjek kajian terdiri daripada 95 orang pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major Pendidikan Matematik dari enam buah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak ringkas. Analisis statistik melibatkan statistik deskriptif dan model persamaan berstruktur melalui kaedah kuasa dua terkecil separa digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan berstruktur yang signifikan antara pencapaian SPM dengan pencapaian matematik dan juga orientasi pembelajaran matematik dengan pencapaian matematik. Orientasi pembelajaran matematik juga bertindak sebagai pemboleh ubah perantara antara penyesuaian dengan penc.....

2219 hits

22012
Article
Peluasan makna alim : analisis semantik kognitif
Jalaluddin Nor Hashimah, Sarudin Anida, Ahmad Zaharani,
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna dan makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripada penggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalah entri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalah berdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data konkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah dianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-makna lain da.....

1107 hits

32015
Article
Model pencapaian Matematik berasaskan penyesuaian pelajar pendekatan kuasa dua terkecil separa
Abu Bakar Nor Hashimah, Mohamed Zulkifley, Mohd Yusof Siti Ilyana,
The purpose of this study is to develop a model of mathematics achievement based on adjustment among students in teacher training institutes in Malaysia. The structural equation model by partial least squares equations was used to measure goodness of items in terms of validity and reliability. Then, the model of academic adjustment was developed in this study. The data were obtained by distributing a questionnaire to 100 students of the Preparatory Programme Bachelor of Teaching (PPISMP) majoring in Mathematics Education in teacher training institutes. The items were translated and adapted from the Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ). The statistics result depending on the outcome measure revealed that academic adjustment emerged as the best predictor in influencing student mathematics achievement. In contrast, this study also found that the variance value for academic adjustment was most influenced by social adjustment. Therefore, the findings gained and the model devel.....

2359 hits

42017
Article
Critical thinking module in promoting higher order thinking skills among secondary school students
Che Teh Norhezan, Isa Nor Hashimah, Omar Ainon,
1003 hits

52020
Article
Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran
Hashimah Hussein
Mulai tahun 2015, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mensasarkan semua murid prasekolah daripada pelbagai peringkat akan berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai ke dalam kehidupan mereka melalui kemahiran penaakulan. Ini menunjukkan murid prasekolah yang bermasalah pembelajaran juga tidak terkecuali untuk menjayakan pelan tersebut. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti pengajaran yang dipraktikkan oleh guru prasekolah pendidikan khas untuk memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang dilaksanakan kepada empat orang partisipan yang terlibat secara langsung dengan prasekolah PKMP.  Data kajian dikutip melalui temu bual dan pemerhatian pengajaran di dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh partisipan adalah aktiviti latih tubi yang lebih bersesuaian untuk pemupukan kemahiran ber.....

817 hits

62021
Article
Inovasi dalam penyelidikan dialektologi
Nor Hashimah Jalaluddin
Bahasa berevolusi, dan ilmu linguistik tidak terkecuali. Dengan tersebarnya revolusi industri 4.0, peranan teknologi menjadi semakin ketara. Ilmu linguistik seharusnya bergerak sederap dengan kemajuan teknologi ini. Sewajarnya, linguistik boleh bersifat multidisiplin dan melangkah ke depan secara alami. Dialektologi adalah contoh terbaik. Geolinguistik merupakan gabungan kajian dialek dengan geografi. Dengan perisian aplikasi ArcGis, kajian multidisiplin ini mampu mengangkat ilmu dialek lebih terkehadapan dengan maklumat isoglos dan taburan dialek terakam dalam lakaran peta dialek digital yang saintifik menggantikan peta manual. Penyelidikan dialek melibatkan kerja lapangan yang melibatkan golongan tua, dewasa dan remaja dengan menjawab soal selidik, temuramah serta terlibat dengan rakaman. Kemudian, data ditranskripsi dan diimpot ke perisian Arc Gis bagi dapatan peta yang sahih. Hasil kajian membuktikan bahawa banyak maklumat selain varian fonologi dapat dihasilkan, malah maklumat mer.....

640 hits

72010
Thesis
Permasalahan rumah tangga di kalangan suami isteri:kajian kes di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor
Nurul Hashimah Mat Rani
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan rumahtangga di kalangan suami isteri yang  membuat aduan masalah rumahtangga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID Hulu Langat).  Antara faktor demografi yang dikaji adalah seperti jantina, umur, tempoh perkahwinan, status aduan,  kehadiran sesi rundingcara dan kaunseling, tahap pendidikan, jenis pekerjaan serta pendapatan  pasangan suami isteri yang telah membuat aduan masalah rumahtangga di PAID Hulu Langat. Pengkaji  telah menggunakan metodologi kajian kes dengan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan  data. Kajian ini telah dijalankan di Unit Undang­ Undang Keluarga di PAID Hulu Langat dan sebanyak  261 fail aduan masalah kekeluargaan telah dianalisa bagi memenuhi tujuan kajian ini. Hasil dapatan  kajian menunjukkan bahawa permasalahan yang sering wujud dalam hubungan suami isteri yang membuat  aduan di PAID Hulu Langat adalah seperti pengabaian nafkah zahir dan batin, masalah kewangan, .....

503 hits

82020
Article
Gambaran kemewahan melalui perlambangan dalam lirik lagu hokkien “Ji Pa Ban”: analisis semantik inkuisitif
Wong, Shia Ho
Pemilihan sesuatu ungkapan dalam penulisan lirik lagu memerlukan pemikiran yang tajam daripada penulis kerana fungsi lagu bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi terkandungnya falsafah dan pemikirannya untuk disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui unsur perlambangan yang digunakannya dalam lirik lagu “Ji Pa Ban” —?? (Seratus Juta). Dua data yang mengandungi unsur perlambangan tentang kemewahan yang ingin dinikmati oleh penulis jika menjadi jutawan dipilih untuk dianalisis. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata tertentu dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna secara mendalam sehingga akal budi penulis terserlah melalui penggunaan bahas.....

1789 hits

92021
Article
Penggabungjalinan Pendekatan Semantik Inkuisitif dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran-pembelajaran bahan seni bahasa
George Romiko Bujang
Kajian ini dilakukan untuk menyingkap dan merungkai makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seni bahasa melalui penggabungjalinan Pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis teks bahan seni bahasa. Responden yang terdiri daripada tujuh orang pelajar Tahun Lima dipilih untuk menyertai kajian ini. Hasil kajian mendapati pendekatan SI yang digabungjalinkan dengan KBAT berupaya membantu pelajar merungkai makna yang terkandung dalam bahan seni bahasa. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik dalam memimpin pelajar meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti dan bermakna  ..

829 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.