AbstractDalam kajian ini, penyelidik telah membangunkan Perisian Multimedia Elektrokimia (PME) dan mengkaji keberkesanan PME sebagai bahan bantu belajar. PME direka bentuk selaras dengan kandungan sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dalam topik elektrokimia. Metodologi pembangunan PME dibuat berasaskan model reka bentuk Alessi dan Trollip (2001). Tutorial telah digunakan sebagai pendekatan pedagogi utama, selain latih tubi dan simulasi. Pembangunan PME dilakukan secara sistematik berasaskan teori-teori pembelajaran yang merangkumi teori behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme. Perisian pengarangan Authorware 6.5 digunakan sebagai pelantar utama, manakala Macromedia Flash 5 digunakan untuk membina elemen-elemen animasi. Satu soal selidik telah dijalankan dalam kalangan guru-guru Kimia di sekolah-sekolah menengah daerah Batang Padang untuk menilai PME. Pada keseluruhannya, responden memberi penilaian yang positif terhadap isi kandungan, reka bentuk interaksi, reka bentuk persembahan dan .....