UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan semula ciri-ciri hujan wilayah barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale pada 1959. Fokus diberikan untuk mengenal pasti trend dan intensiti hujan jangka masa panjang di kawasan wilayah barat dari tahun 1960 hingga 2010 yang diklasifikasikan sebagai kawasan sederhana basah. Data hujan daripada stesen hujan yang terletak dalam kawasan wilayah barat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran telah digunakan dalam kajian ini. Data hujan tahunan bagi 133 buah stesen dari tahun 1960 hingga 2010 dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian Mann- Kendall. Persempadanan semula wilayah hujan dibentuk menggunakan topologi dalam Sistem Maklumat Geografi. Hasil kajian menunjukkan semua stesen mengalami trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1960 hingga 2010 walaupun tidak signifikan berdasarkan Mann-Kendall (P=1). Julat purata hujan tahunan bagi kawasan barat yang diklasifikasikan sebagai kawasan .....
Thesis Published 2014 1160 hits Available
2
Abstract
The issue of zakat on income has been discussed by scholars since those days of sahabah and tabi’in until today. Among the issues are hawl (lapse of a year), nisab (the capability line for zakat contribution) and al-hawa’ij al-asliyyah (basic needs). For the case of al-hawa’ij al-asliyyah, the practice of zakat institution in Malaysia is to directly convert the exempted amount of personal, spouse and children, which is similarly performed by Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). The practice has raised a question among scholars. They argue whether the exempted amounts are exactly representing the costs of al-hawa’ij al-asliyyah which are required by shariah. Thus, this paper aims to explore the discussion of shariah on al-hawa’ij al-asliyyah with the specific items which has been conferred in classical fiqh and investigate the suitable items which is currently customized in daily life. The study applied a library research methodology by gathering the data from classical fiqh whi.....
Article Published 2021 1039 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti impak aktiviti pelancongan terhadap masyarakat setempat di Pulau Langkawi. Bagi mencapai tujuan yang dinyatakan, kajian ini menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik. Seramai 400 orang ketua isi rumah yang menetap di sekitar kawasan Kuah dan Pantai Cenang dipilih sebagai responden kajian secara random. Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS. Antara analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif dan inferens (korelasi). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan peratusan yang tinggi dari segi pekerjaan (kerajaan 16.2%), sektor pekerjaan (pengurusan & pentadbiran 15%), pendapatan ketua isi rumah melebihi RM4,000 (108% ), pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 (70%), jenis kediaman kondominium (40%), pemilikan unit kediaman individu (14.2%), bilangan bilik tidur lima buah dan ke atas (66.67%), pemilikan harta dalam bentuk saham (29.31%) dan pemilikan kenderaan jenis kereta (41.13%), pemi.....
Thesis Published 2022 1404 hits Available
4
Abstract
Kajian ini membincangkan emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular dengan wanita bekerjaya berkeluarga. Terdapat empat buah novel popular yang menjadi bahan kajian iaitu novel 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah), Suri Hati Mr. Pilot (Dila Dyna), Adam dan Hawa (Aisya Sofea) dan Dekatnya Cinta (Aisya Sofea). Keempat-empat novel tersebut dipilih berdasarkan ciri-ciri popular iaitu mendapat permintaan yang tinggi dan telah diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular, merumuskan emosi dan helah bela diri watak protagonis wanita yang terdapat dalam novel popular serta persamaan dan perbezaan dengan wanita dalam kehidupan sebenar. Akhirnya menjana model emosi wanita bekerjaya berkeluarga. Kajian ini menggunakan Teori Gabungan (Nordiana Hamzah), Teori Psikoanalisis (Sigmund Freud) dan Teori Rasa Fenomenologi (Sohaimi Abdul Aziz). Ketiga-tiga t.....
Thesis Published 2022 1233 hits Available
5
Abstract
Makalah ini bertujuan menjelaskan konflik jiwa yang dialami oleh watak utama dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka (2015), iaitu Zainuddin. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan, iaitu dengan merujuk novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2015) sebagai sumber utama pengumpulan data. Analisis data dilakukan dengan menerapkan tiga jenis pendekatan untuk menganalisis psikologi watak Zainuddin yang mempunyai hubung kait dengan masalah jiwa, iaitu psikoanalisis Sigmund Freud (1984), teori humanistik Abraham Maslow (1943) dan psikologi Islam. Dapatan kajian menunjukkan watak Zainuddin berhadapan dengan pelbagai konflik jiwa. Berdasarkan pendekatan psikoanalisis Sigmund Freud (1984), unsur id, ego dan super ego dalam diri Zainuddin tercetus akibat konflik berunsurkan keturunan dan percintaan. Berdasarkan teori humanistik Abraham Maslow (1943) pula, Zainuddin berusaha mencapai kesempurnaan diri, manakala analisis berdasarkan psikologi Is.....
Article Published 2022 569 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.