UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Past researches have shown that there is a difference in language use between males and females attributed by their roles and society’s stereotyping or perceptions. Fast changing technology has provided another means for young people to express themselves using language as a tool. This study investigates the differences in language use by female and male Malaysian teenage bloggers who use blogs as a diary to express their daily issues about life. The language used is informal and similar to spoken language. Using a qualitative approach, this study aims to examine gender differences observed in the language features used by male and female teenagers in their blogs. The findings show that there are differences between male and female bloggers in the frequencies of five language features which are ‘intensifiers’, ‘hedging’, ‘tag questions’, ‘empty adjectives’ and ‘adverbs’. The results of the study show that differences in language use among teenage bloggers may larg.....
Article Published 2012 2103 hits Available
2
Abstract
Sepanjang pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada pusat pendidik awal kanak-kanak. Pada tempoh PKP kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanak dapat mengikuti dan melakukan aktiviti PdP mereka semasa di rumah. Pendidik juga menggunakan beberapa aplikasi dalam talian sebagai kaedah PdP bagi menggantikan kaedah PdP secara bersemuka. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penggunaan aplikasi dalam talian yang digunakan oleh pendidik awal kanak-kanak sebagai kaedah PdP dalam tempoh PKP. Reka bentuk kajian tinjaun dilakukan yang melibatkan 74 responden yang terdiri daripada pendidik awal kanak-kanak di sekitar negeri Johor. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengkaji dan mengukur tahap penggnaan aplikasi dalam talian oleh responden. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif statistik menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 .....
Article Published 2020 1258 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersial di Petaling Jaya, Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, reka bentuk penyelidikan kajian kes dan beberapa teknik statistik seperti Linear Trend Line (LTL), Polynominal Trend Line (PTL), Model Harga Hedonik (HPM) dan model Geographically Weighted Regression (GWR) telah digunakan. Dapatan daripada teknik linear trend line dan polynomial trend line menunjukkan bahawa impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersial adalah positif dan signifikan. Namun begitu, perubahan harga hartanah komersial di setiap stesen adalah tidak sama, kerana terdapat stesen yang mengalami perubahan harga yang tinggi, sementara stesen yang lain adalah sebaliknya. Seterusnya, dapatan model harga hedonik menunjukkan bahawa harga hartanah komersial boleh meningkat kira-kira RM 350 bagi setiap meter dari stesen LRT terdekat. Sementara itu, dapatan analisis geographically weighted regression memberikan maklumat yang le.....
Thesis Published 2021 1846 hits Limited
4
Abstract
Hasil PRN Johor yang pertama kalinya membenarkan pengundi berusia 18 tahun mengundi, telah mendapat banyak maklum balas terhadap keperluan pendidikan politik kepada pengundi baharu kerana Undi 18 gagal memberi kesan ketara terhadap hasil pengundian di Johor. Pelaksanaan Undi 18 perlu disertakan dengan pendidikan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kesediaan anak muda untuk terlibat dengan demokrasi. Maka, kajian ini melihat perlunya pendidikan Politik untuk diterapkan dalam pendidikan persekolahan Malaysia dengan melihat kesesuaian pendidikan Politik di Korea Selatan untuk diaplikasikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan politik di Malaysia telah diintegrasikan menerusi pendidikan tahap sekolah, pendidikan tahap universiti dan menerusi program. Pendidikan tahap sekolah merupakan pendidikan Sejarah, Sivik dan Pengajian Am. Pendidikan ta.....
Final Year Project Published 2022 4984 hits Available
5
Abstract
ABSTRAK Sistem transit rel bandar seperti transit aliran ringan (light rail transit–LRT) berperanan penting dalam meningkatkan ketersampaian dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Justeru, pemain industri hartanah dan penyelidik percaya bahawa LRT memberi impak positif kepada harga tanah dan seterusnya hartanah di kawasan terlibat. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersil di Petaling Jaya, Selangor. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menjadikan sistem LRT laluan Kelana Jaya di Petaling Jaya sebagai kawasan kajian. Analisis Linear Trend Line (LTL), Polynominal Trend Line (PTL), model harga hedonik (HPM) dan juga model geographically weighted regression (GWR) digunakan bagi mengukur impak. Dapatan daripada analisis LTL dan PTL yang dilakukan menunjukkan impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersil adalah positif pada jarak cerapan 400 meter dari stesen transit terhampir. Namun begitu, .....
Article Published 2023 570 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.