UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengajaran guru dalam kurikulum al-Azhar di Sekolah Menengah Agama Negeri di Kelantan berasaskan Model Content Language Integrated Learning (CLIL). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui tinjauan menggunakan dua set borang soal selidik sebagai instrumen. Seramai 320 orang pelajar tingkatan enam dan 33 orang guru yang terlibat dengan Kurikulum alAzhar dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan pengajaran guru berasaskan model CLIL berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran guru berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Amalan pengajaran yang menggunakan model CLIL memberi kesan positif dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar dari segi kefahaman terhadap kandungan pelajaran dan penguasaan dalam Bahasa Arab...
Thesis Published 2017 1937 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan program latihan kekuatan jangka pendek linear dan tidak linear terhadap prestasi otot di kalangan pemain bola sepak lelaki  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Reka bentuk kajian ini adalah quasi-experimental kerana  kajian ini menekankan analisis perubahan min skor prestasi otot selepas empat minggu latihan linear  dan tidak linear. Tiga puluh pemain bola sepak lelaki UTM Skudai yang berumur 18-23 tahun terlibat  dalam kajian ini. Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah program linear (LST) dan tidak linear  (NLST) dan pemboleh ubah bersandar adalah ujian kekuatan maksimum (1RM) bahagian atas badan, ujian  kekuatan maksimum (1RM) bahagian bawah badan, 30 meter larian pecut, dan ukur lilit lengan dan  peha. Kajian ini menggunakan ujian Paired Sample T untuk menganalisis ujian pra dan pasca untuk  peserta di dalam kedua-dua kumpulan latihan dan Multivariate Analysis of Variances (MANOVA) untuk  menganalisis perb.....
Thesis Published 2018 1485 hits Available
3
Abstract
Kajian ini meneliti tahap penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan guru agama di sekolah-sekolah agama kerajaan Negeri Johor dengan memberi penekanan terhadap pemahaman dan aplikasi ilmu dabt al-Quran. Kajian ini dirangka untuk mencapai empat objektif utama iaitu menilai tahap pengetahuan guru, tahap kesedaran terhadap kepentingan dabt, tahap penguasaan bacaan berasaskan prinsip dabt serta menganalisis hubungan antara pengetahuan dan tahap penguasaan bacaan al-Quran. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif berbentuk tinjauan dengan pengumpulan data melalui soal selidik bertulis dan rakaman bacaan al-Quran. Seramai 230 orang guru agama terlibat sebagai responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian korelasi Spearman melalui perisian IBM SPSS Versi 27.0. Ketepatan instrumen disahkan melalui pengesahan pakar, manakala kebolehpercayaannya dibuktikan menerusi kajian rintis dengan nilai Alfa Cronbach sebanyak 0.762. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pe.....
Thesis Published 2025 120 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.