AbstractKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan mengajar dari aspek
pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta tahap
pengaplikasian pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kajian ini turut menilai hubungan
kesediaan mengajar antara pengetahuan dengan kemahiran TMK serta mengkaji
hubungan kesediaan mengajar dengan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru
pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pendekatan kuantitatif
menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan sampel seramai 351 orang guru pelatih
yang telah menjalani latihan mengajar 1 sebagai responden kajian. Sampel kajian
dipilih dengan menggunakan teknik kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran.
Pengutipan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui
kesediaan mengajar guru pelatih dengan pengaplikasian PAK21. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25
melibatkan analisis statistik deskrip.....