AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman dan salah konsep terhadap konsep Daya dan Gerakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah deskriptif kuantitatif berbentuk tinjauan. Ujian pencapaian FCIspm telah diadaptasi daripada Inventori Konsep Daya (Force Concept Inventory-FCI) dan Indeks Ketakpastian Jawapan (Certainty of Response Index-CRI) sebagai instrumen kajian. FCIspm mengandungi 22 item dan disusun mengikut format peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak kelompok berpandukan jadual penentuan sampel Krejcie dan Morgan. Seramai 300 sampel terlibat dalam kajian ini. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif, statistik inferensi ujian-t tidak bersandar dan matrik keputusan. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman bagi keseluruhan pelajar ialah pada tahap lemah. Tiada perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman pelajar lelaki dan perempuan. Dalam semua item yang diuji me.....