AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis proses kognitif dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun lima di SJK (Tamil), Manjung, Perak. Tiga objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti ciri-ciri karangan dalam kategori cemerlang, baik dan memuaskan; mengenal pasti cabaran murid dan guru dalam proses penulisan serta pengajaran; juga meneliti pengaruh proses kognitif terhadap penguasaan murid dalam penulisan karangan melalui pengajaran dan pemudahcaraan. Kaedah Hermeneutik digunakan dengan pendekatan kualitatif dan interpretatif bagi menganalisis karangan murid. Seramai 70 orang murid dipilih sebagai responden, dengan 15 orang daripadanya dipilih berdasarkan kategori cemerlang, baik dan memuaskan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam penulisan karangan. Tiga orang guru turut terlibat, iaitu dua orang guru Bahasa Melayu dan seorang guru panitia Bahasa Melayu. Temu bual berstruktur dijalankan bagi memahami isu pengajaran dan pembelajaran semasa pengaja.....