UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Objektif kajian adalah untuk membangunkan e-modul Chemsaltistry bagi standard kandungan penyediaan garam dalam Kimia Tingkatan empat dan mengkaji persepsi pelajar tingkatan empat terhadap kebolehgunaan e-modul Chemsaltistry dari segi reka bentuk, kebergunaan dan minat. E – modul ini dibangunkan berpandukan model ADDIE. Seramai 130 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen di negeri Selangor telah terlibat dalam pemilihan sampel secara persampelan mudah. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang penilaian kesahan (kesahan muka dan kandungan) dan soal selidik persepsi terhadap e-modul Chemsaltistry. Kesahan kandungan dan muka serta soal selidik telah dianalisis menggunakan peratusan persetujuan pakar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata peratusan kesahan muka dan kandungan serta soal selidik persepsi adalah tinggi iaitu 93.4% dan 89.6% masing-masing. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik dengan menggunakan pekali kebolehpercayaan C.....
Final Year Project Published 2024 1126 hits Available
2
Abstract
Status sosioekonomi atau SSE merujuk kepada pengelasan manusia berdasarkan kedudukan ekonomi mereka, taraf pendidikan mereka dan ciri-ciri pekerjaan mereka. Kanak-kanak miskin sentiasa menghadapi masalah di rumah dan di sekolah. Masalah tersebut mengganggu pembelajaran mereka. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji sikap terhadap pelajaran dalam kalangan murid-murid SSE rendah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji tingkah laku murid-murid SSE rendah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, serta jangkaan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa terhadap pembelajaran murid-murid SSE rendah. Peserta terdiri daripada sepuluh orang murid SSE rendah, empat orang penjaga, dan empat orang guru daripada Kampung Aur Gading, Kuala Lipis. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan bebola salji. Reka bentuk kajian ialah kajian kes kualitatif. Data-data dikumpulkan menerusi tiga kaedah pengumpulan data kualitatif tradisional. Tiga kaedah tersebut ialah temu bual, pemerhatian, d.....
Thesis Published 2012 331 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.