UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

2
Abstract
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna dan makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripada penggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalah entri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalah berdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data konkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah dianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-makna lain da.....
Article Published 2012 1459 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan membina model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan serta menguji kewujudan faktor perantara antara pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 442 responden, dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar biologi tingkatan empat di negeri Selangor. Data dipungut menggunakan soal selidik pelaporan-kendiri bagi mengukur konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan tanggapan prestasi. Manakala pencapaian pelajar diukur berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun biologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian biologi pelajar berada pada aras sederhana. Semua konstruk yang terlibat, kecuali tanggapan prestasi, didapati mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Model yang dibina dapat disuaikan secara signifi.....
Thesis Published 2016 1667 hits Available
4
Abstract
Writing in a first and second language are two different contexts and involve significant different composing process. In general, most ESL students have difficulties in the rhetorical and linguistics aspects of writing because of their prior education and education backgrounds (Mengjie Wei, 2017:16). Given the complexity of writing tasks, it is not surprising that L2 writers may experience various writing difficulties ranging from mechanical up to the content or idea development level. Although writing is teachable, the conversion of thought into written form is a difficult activity that requires organized pedagogical approaches and complementary skills. This is a case study which discusses the practices of process approach in teaching ESL writing and its practicality. The findings were based on a long-term observation and interview of three form 4 students and a teacher in Malaysia rural area school. Students’ writings were analysed to show the students’ development when activiti.....
Article Published 2019 898 hits Available
5
Abstract
Bahasa berevolusi, dan ilmu linguistik tidak terkecuali. Dengan tersebarnya revolusi industri 4.0, peranan teknologi menjadi semakin ketara. Ilmu linguistik seharusnya bergerak sederap dengan kemajuan teknologi ini. Sewajarnya, linguistik boleh bersifat multidisiplin dan melangkah ke depan secara alami. Dialektologi adalah contoh terbaik. Geolinguistik merupakan gabungan kajian dialek dengan geografi. Dengan perisian aplikasi ArcGis, kajian multidisiplin ini mampu mengangkat ilmu dialek lebih terkehadapan dengan maklumat isoglos dan taburan dialek terakam dalam lakaran peta dialek digital yang saintifik menggantikan peta manual. Penyelidikan dialek melibatkan kerja lapangan yang melibatkan golongan tua, dewasa dan remaja dengan menjawab soal selidik, temuramah serta terlibat dengan rakaman. Kemudian, data ditranskripsi dan diimpot ke perisian Arc Gis bagi dapatan peta yang sahih. Hasil kajian membuktikan bahawa banyak maklumat selain varian fonologi dapat dihasilkan, malah maklumat mer.....
Article Published 2021 1016 hits Available
6
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemikiran komputasional dengan kemahiran penyelesaian masalah, dan kesan penggunaan teknik penyelesaian masalah TRIZ terhadap kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar bidang teknologi maklumat yang berbeza tahap inovatif. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri daripada 239 orang pelajar bidang teknologi maklumat yang dipilih secara rawak berkelompok daripada kumpulan sedia ada. Pengumpulan data kajian dilaksanakan dengan menggunakan instrumen Problem Solving Inventory, Computational Thinking Scale, Personal Innovativeness in the Domain of Information Technology dan borang tinjauan persepsi terhadap metodologi penyelesaian masalah TRIZ. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi dan analisis teks. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap kemahiran pemikiran komputasional dan kemahiran pen.....
Thesis Published 2022 1157 hits Available
7
Abstract
This study investigates the factors influencing Fuel Oil Consumption (FOC) in Malaysia, focusing on Gross Domestic Product (GDP), Population (POP), and Fuel Oil Prices (FOP) over the period from 1980 to 2023. Utilizing the Autoregressive Distributed Lag (ARDL) model, the research explores both short-term and long-term relationships between these variables. The findings reveal that FOP plays a critical role in determining FOC, exhibiting a significant negative relationship in the long term, while GDP and POP demonstrate limited influence. This suggests that Malaysia_s FOC is more sensitive to pricing mechanisms than to economic growth or demographic changes. Additionally, the analysis highlights a moderate speed of adjustment to equilibrium after disruptions, reflecting the resilience of Malaysia_s energy market but also underscoring its vulnerabilities to global oil price volatility. These results emphasize the importance of dynamic pricing strategies, energy diversification, and effic.....
Final Year Project Published 2025 378 hits Available
8
Abstract
Kertas ini barangkal cukup berbeza dan berlainan daripada apa yang menjadi isu dan tajuk utama seminar yang diadakan ini. Namun sebagai suatu usaha murni buat mengingati dan mengabadikan Za’ba dan seluruh pemikiran serta wawasannya, maka barangkali ianya juga boleh dibanding dan dilihat juga dalam suatu senario keseluruhan warisan pemikiran mengenai dan untuk orang Melayu itu. Maka itu, kertas ini beranggapan bahawa walaupun nama dan tokoh seorang yang bemama Za’ba perlu diabadikan sebagai seorang pemikir Melayu yang ulung, namun ianya akan menjad lebih lengkap lagi sekiranya dua hal lam turut diberikan perhatian, Pertama, melihat dan meletakkan Za’ba dalam kontesk senario kesinambungan keseluruhan pemikir dan pemikiran Melayu, misalnya daripada Tun Seri Lanang melalui Sejarah Melayunya, merentas1 Abdullah Munshi, diikuti dengan era Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, sehinggalah kepada A. Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), kepada Za’ba, diikuti dengan Rev.....
Conference Item Published 2003 1269 hits Available
9
Abstract
Pemilihan sesuatu ungkapan dalam penulisan lirik lagu memerlukan pemikiran yang tajam daripada penulis kerana fungsi lagu bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi terkandungnya falsafah dan pemikirannya untuk disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui unsur perlambangan yang digunakannya dalam lirik lagu “Ji Pa Ban” —?? (Seratus Juta). Dua data yang mengandungi unsur perlambangan tentang kemewahan yang ingin dinikmati oleh penulis jika menjadi jutawan dipilih untuk dianalisis. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata tertentu dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna secara mendalam sehingga akal budi penulis terserlah melalui penggunaan bahas.....
Article Published 2020 2303 hits Available
10
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menyingkap dan merungkai makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seni bahasa melalui penggabungjalinan Pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis teks bahan seni bahasa. Responden yang terdiri daripada tujuh orang pelajar Tahun Lima dipilih untuk menyertai kajian ini. Hasil kajian mendapati pendekatan SI yang digabungjalinkan dengan KBAT berupaya membantu pelajar merungkai makna yang terkandung dalam bahan seni bahasa. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik dalam memimpin pelajar meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti dan bermakna  ..
Article Published 2021 1119 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.