AbstractKomuniti Semai mempunyai budaya unik yang masih diamalkan sehingga hari ini.
Antara budaya yang masih menjadi amalan mereka ialah ritual siwang. Namun budaya tersebut semakin
terhakis. Terdapat dua jenis siwang, iaitu Siwang Asik dan Siwang Kebut. Fokus kajian adalah untuk
melihat dan memahami perkaitan amalan ritual dengan kosmologi Semai atau pegangan kepercayaan
mereka. Semai percaya bahawa setiap entiti dalam alam semesta ini mempunyai ruai, sama ada yang
baik atau jahat. Bagi memujuk ruai yang jahat, ritual menjadi amalan Semai. Ritual siwang adalah
sangat penting dalam kehidupan Semai di Kampung Bukit Terang kerana pegangan kepercayaan mereka.
Peranan setiap elemen dalam proses siwang dan perubahan siwang dalam Kumpulan Bah Lut juga
dibincangkan. Kaedah pemerhatian digunakan dalam pengumpulan data semasa kajian lapangan. Dalam
pengumpulan data tersebut, penyelidik menemu bual, merakamkan persembahan dan mengambil gambar.
Penyelidikan tertumpu kepada Si.....