UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
Teori Pengkelasan Umur Sebagai Kawalan Sosial Tidak-Formal menekankan kepentingan perkahwinan sebagai salah satu peristiwa hidup yang penting dan dapat mengubah keputusan individu bagi mengelakkan diri dari aktiviti jenayah. Kertas kajian ini telah bertitik tolak dari sebuah kajian doktor falsafah yang mengkaji tentang pengulangan jenayah yang berlaku dalam kalangan bekas banduan di Malaysia. Hasil kajian doktor falsafah tersebut telah mendapati bahawa rata-rata bekas banduan terus memilih hidup bujang akibat kesukaran memasuki alam perkahwinan. Perkahwinan bukan lagi menjadi perkara utama yang ingin dikecapi sepanjang dibebaskan. Ianya berbeza dengan andaian Sampson dan Laub yang meletakkan perkahwinan sebagai institusi terpenting yang mampu membentuk kawalan sosial tidak-formal dalam kalangan individu. Andaian Sampson dan Laub tentang institusi perkahwinan sebagai suatu trajektori yang baik di dalam kehidupan dan mampu mengubah tingkah laku jenayah menerusi ikatan kawalan sosial yang.....
Article Published 2018 1589 hits Available
2
Abstract
Kekurangan akses kepada jagaan pemulihan lanjutan menyebabkan bekas banduan yang mempunyai masalah ketagihan dadah berisiko untuk kembali semula kepada penyalahgunaan dadah. Perkembalian kepada ketagihan dadah semula biasanya terjadi disebabkan oleh perasaan gian, ingin mencuba semula, ketiadaan keinginan untuk berhenti yang akhirnya membawa kepada jenayah untuk membiayai masalah ketagihan semula. Satu kajian mengenai pembentukan sebuah program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan berasaskan komuniti untuk bekas banduan dalam membantu memastikan peralihan yang lancar sebaik dibebaskan telah dilakukan pada tahun 2016. Salah satu daripada objektif kajian tersebut adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai faktor-faktor risiko yang menyebabkan bekas banduan mengulang-laku aktiviti atau perlakuan jenayah mereka. Temu bual mendalam telah dilakukan ke atas 16 orang bekas banduan yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah. Analisis awal kajian memperlihat bahawa berlaku kesukaran untuk mengub.....
Article Published 2018 1340 hits Available
3
Abstract
Fundamentally, former prisoners who have no access to transit home or residency after being released from prison are often found to be homeless. In this manner, such failure to obtain a home has been commonly associated with family rejection. The existing halfway houses throughout Malaysia are limited, therefore, the program failed to accommodate a large number of released former prisoners each year. In lieu of this, many former inmates are unable to acquire proper shelter or a suitable place to live after their release. Due to the arising concern, a study was conducted in 2018 with regards to the former prisoners’ life challenges during the re-integration process within the community. Detailed interviews were carried amongst 19 former prisoners with their background of criminal records. In addition, the analysis from this study revealed the difficulties and challenges faced by the former prisoners that had led them to be homeless. The data had also revealed that the issue is related.....
Article Published 2019 1244 hits Available
4
Abstract
This study aimed at investigating the willingness to communicate (WTC) in English among Pharmacy undergraduates in various contexts. The study also aimed to see the relationship between WTC in English and the respondents’ language learning motivation. The data for this study was extracted from 75 Pharmacy undergraduates who have undergone their practical sessions at selected pharmacies by using a questionnaire. The study opted for a quantitative method and the questions asked were adapted from McCroskey (1992) and Lambert’s Attitude Motivation Test Battery (1987) to collect the respondents’ responses. Based on the overall score, it is clear that Pharmacy undergraduates are less willing to communicate in English despite being exposed to it since primary school. However, they are keen to communicate in English on specific situations such as when they are surrounded with familiar acquaintances. Nevertheless, the Pharmacy undergraduates have a high level of language learning motivati.....
Article Published 2021 642 hits Available
5
Abstract
Bekas banduan yang berakhir sebagai gelandangan bukan suatu isu baharu di mana-mana negara di dunia.Kegagalan berintegrasi semula menjadikan mereka sebagai gelandangan. Kesulitan tersebut dirumitkan lagi dengan kewujudan bekas banduan yang terjerumus ke dalam kancah kemiskinan dan kedaifan hingga menyebabkan mereka tidak berupaya untuk keluar dari lingkungan hidup di jalanan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan bekas banduan ini berakhir hidup menjadi gelandangan. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual seramai 15 orang responden. Teknik persampelan bertujuan dan persampelan bola salji digunakan untuk mengenal pasti responden. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berakhir sebagai gelandangan iaitu penolakan keluarga, pengangguran, diskriminasi masyarakat dan penagihan dadah yang berterusan. Dapatan kajian mampu dijadikan panduan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajik.....
Article Published 2021 1240 hits Available
6
Abstract
Penumpuan gelandangan bekas banduan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur telah menarik minat dan menjadi keingintahuan pengkaji untuk meneroka kehidupan mereka dari perspektif ekologi. Dengan menggunakan Teori Ekologi Manusia, kehidupan jalanan golongan bekas banduan diteroka. Sebuah kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif telah dilakukan ke atas 15 orang gelandangan bekas banduan yang berada di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Maklumat kajian diperoleh dengan menggunakan teknik temu bual mendalam dan data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Altas.Ti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat tema ditemui yang berkait dengan faktor persekitaran iaitu tiada sistem sokongan, tiada peluang untuk mengubah nasib, tiada harapan dan motivasi dan perjalanan hidup yang kompleks. Keempat-empat tema tersebut menjelaskan bahawa wujudnya hubungan yang tidak harmoni di antara responden kajian dengan sistem-sistem di persekitarannya yang mengehadkannya untuk memperoleh ku.....
Article Published 2021 903 hits Available
7
Abstract
Artikel ini merupakan sebuah penulisan tentang kajian rintis yang dilakukan ke atas soal selidik yang dibina. Artikel ini membincangkan tentang kepentingan menjalankan kajian rintis serta menguji soal selidik ke atas gelandangan bekas banduan sebagai responden kajian. Soal selidik ini adalah berkaitan dengan tahap kesejahteraan material, kesejahteraan subjektif terhadap strategi daya tindak ke atas risiko pengulangan jenayah. Sampel responden adalah dari kalangan gelandangan bekas banduan yang hidup di jalanan selepas dibebaskan. Mereka adalah dari kalangan yang hidup secara rentan di jalanan. Kajian ini telah menjalankan kajian rintis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif ke atas 30 orang responden gelandangan bekas banduan sekitar Jalan Chow Kit. Pemilihan sampel bagi kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dengan menetapkan kriteriakriteria khusus yang diperlukan. Kajian rintis ini melibatkan seramai 31 orang responden; seramai 26 orang lelaki dan 5 orang perempuan. .....
Article Published 2025 203 hits Available
8
Abstract
The objective of this study is to analyze the moral values contained in the literary work by Jasni Matlani, namely the short story collection Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Gingko. This study employs a qualitative research method and library research, and the texts are analyzed using descriptive analysis. The findings reveal ten main moral values present in the stories, including responsibility, honesty, compassion, courage, and tolerance. These values are carefully examined within the narratives, which offer deep lessons on ethical behavior and character development.The study emphasizes how the actions and character traits of the protagonists serve as exemplary representations of these values and encourage readers to reflect on the moral elements within the texts. In conclusion, this study demonstrates that the short story collection Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Gingko is a literary work rich in moral values, as well as creative writing style, as expressed through the literary cra.....
Thesis Published 2025 146 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.