AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor – faktor yang mempengaruhi
mekanisme penerimaan sokongan sosial terhadap tahap kesihatan mental atlet yang
merangkumi masalah kemurungan, kebimbangan dan stres khususnya dalam
kalangan atlet pelajar di Sekolah Sukan Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekatan
kuantitatif dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata untuk memilih
300 orang atlet pelajar daripada tiga buah sekolah sukan. Atlet pelajar yang terlibat
dalam kajian ini adalah (lelaki = 158, perempuan = 148). Satu set borang soal selidik
yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A, faktor demografi. Bahagian B,
Perceived Social Support Questionnaire (PSS-Q) dan bahagian C, Depression Anxiety
Stress Scale (DASS) digunakan dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan sosial
daripada keluarga terhadap kemurungan (r = -.36, p < .01) dan kebimbangan (r = -.32,
p < .01). Selain itu, terdapat .....