UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Kajian buli di Malaysia kebanyakannya menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai reka bentuk kajian. Namun, kaedah ini dilihat tidak mampu memberikan kefahaman mendalam berhubung permasalahan tersebut. Justeru, pendekatan kualitatif dijangka dapat memberikan penjelasan tentang fenomena buli secara lebih menyeluruh. Antara reka bentuk kualitatif yang boleh digunakan adalah constructivist grounded theory (CGT) yang diperkenalkan oleh Charmaz (2006). Bagi memperlihatkan pengaplikasian CGT dalam kajian buli, kertas kerja ini akan menghuraikan pengalaman Pengkaji melaksanakannya secara langkah demi langkah. Diharapkan agar perkongsian ini memberi inspirasi kepada para pengkaji untuk menerapkan pendekatan CGT dalam kajian buli mereka...
Article Published 2019 1525 hits Available
2
Abstract
Kajian ini berbentuk analisis kandungan kualitatif bertujuan meneroka pandangan guru-guru mengenai masalahbuli dalam kalangan murid di sekolah. Respons bertulis daripada para peserta diperoleh melalui edaran set soalan berbentuk umum dan terbuka yang dihantar menggunakan mel elektronik. Penganalisisan data pula dibuat secara induktif untuk mengenal pasti kategori-kategori dan tema-tema yang terkandung dalam bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh tema merangkumi definisi, lokasi, murid yang terlibat, punca, dan keseriusan masalah buli. Selain itu, didapati majoriti guru kurang jelas tentang definisi buli. Namun begitu, mereka beranggapan bahawa masalah buli dalam kalangan murid adalah serius dan perlu dibanteras dengan segera. Memandangkan dapatan hanya terhad kepada perbincangan tema dan kategori, maka dicadangkan agar kajian lanjutan, khususnya kajian berbentuk grounded theory dijalankan. Kajian sebegini membolehkan pengkaji meneroka pengalaman guru dengan le.....
Article Published 2019 1928 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka perspektif ibu bapa mengenai permasalahan buli anak-anak, khususnya di peringkat sekolah rendah. Reka bentuk constructivist grounded theory telah digunakan bagi menjawab persoalan tentang definisi yang ibu bapa berikan terhadap perlakuan buli, cara mereka mendepani permasalahan buli anak- anak, dan teori substantif yang dapat dibina daripada pengalaman tersebut. Melalui teknik temu bual separa berstruktur menggunakan vignet situasi hipotetikal, pengkaji telah menemu bual 29 orang peserta yang dipilih secara pensampelan bola salji. Berdasarkan analisis menggunakan pengekodan awal dan pengekodan terfokus yang diperkenalkan oleh Charmaz, didapati ibu bapa mentakrifkan buli sebagai perbuatan mengganggu atau menindas orang yang lebih lemah sehingga memberi kesan negatif terhadap mangsa sama ada secara fizikal atau psikologikal. Dapatan juga menunjukkan bahawa ibu bapa menggunakan pelbagai strategi seperti pendekatan berbentuk agresif, asertif, dan empati .....
Thesis Published 2019 3199 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka Video Penceritaan Digital dalam meningkatkan amalan membaca dan kemenjadian murid. Objektif kajian ini adalah meneroka kesesuaian kandungan Video Penceritaan Digital dalam meningkatkan amalan membaca dan kemenjadian murid, mengenalpasti samada Video Penceritaan Digital dapat meningkatkan amalan membaca dan meneroka kemenjadian murid dari aspek kemahiran komunikasi. Reka bentuk kualitatif dan jenis kajian kes ini menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian dan juga deskriptif. Seramai sebelas orang responden yang terdiri daripada seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan), lima orang guru dan lima orang murid. Data dianalisis dalam bentuk analisis tematik menerusi kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan Video Penceritaan Digital haruslah sesuai dari segi elemen multimedia yang baik, tidak keterlaluan serta bersesuaian dengan kognitif m.....
Thesis Published 2024 1021 hits Available
5
Abstract
This study aimed to examine the influence of teacher support on student engagement in mathematics. A cross-sectional survey was employed to recruit 632 students from grades 7 to 9 in junior middle schools across China. Participants completed various scales, including a teacher support scale, an academic self-efficacy scale, and a student engagement scale. Data analysis was conducted using SPSS 20.0 and Amos 24.0. Results showed that, first, emotional support and competence support had a significant positive effect on student engagement in mathematics. The contribution from competence support was the strongest. The contribution from autonomy support was the weakest; second, academic self-efficacy mediated the relationship between autonomy support, emotional support, and competence support and student engagement in mathematics. These findings supplement and expand the understanding of the factors that affect student engagement and provide theoretical support and useful guidance for for.....
Article Published 2024 437 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.