UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Disertasi ini adalah kajian tentang peribahasa yang digunakan oleh kaum Melayu di Selatan Thai. Peribahasa ini dikumpulkan dan diterjemahkan. Peribahasa yang dikumpulkan ini disesuaikan untuk mengajar bahasa Melayu kepada pelajar Melayu di Selatan Thai. Bab 1 adalah deskripsi mengenai negara Thai dan komposisi penduduknya bagi menjelaskan kedudukan kaum Melayu di Selatan Thai. Bab 2 menjelaskan metodologi kajian, iaitu; peribahasa Melayu ini dikumpulkan melalui temubual. Bahan bercetak seperti buku, jurnal, akhbar dan internet. Bab 3 peribahasa Melayu Thai yang dikumpulkan diklasifikasi kepada empat, iaitu; (1) peribahasa Thai yang sama erti dengan peribahasa Melayu, (2) peribahasa Thai yang seakan-akan ertinya dengan peribahasa Melayu, (3) peribahasa Thai yang sama perkataan tetapi berlainan erti dengan peribahasa Melayu dan (4) peribahasa Thai yang berbeza perkataan tetapi mempunyai sama erti dengan peribahasa Melayu. Bab 4 membincangkan bagaimana peribahasa ini dapat digunakan dalam.....
Thesis Published 2005 1180 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang ragam hias seni Kalong Orang Ulu di Belaga yang merangkumi bentuk, simbol-simbol dan motif-motifnya dalam konteks masyarakat Orang Ulu. Seni kraf Orang Ulu yang berasaskan Kalong terkandung di dalamnya falsafah dan nilai-nilai pendidikan dalam kehidupan masyarakatnya yang diwarisi sejak dari turun temurun. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Pengkaji telah memilih daerah Belaga di Sarawak sebagai pusat kajian. Pemerhatian dan kajian lapangan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, rakaman gambar, rakaman audio dan analisis dokumen yang diperoleh daripada penulisan artikel dan jurnal-jurnal berkaitan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan model interaktif oleh Miles dan Huberman. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa seni Kalong Orang Ulu yang merangkumi seni kraf, peralatan dan binaan masih mempunyai falsafah dan simbol yang bermakna dalam penghayatan dan pemahaman.....
Thesis Published 2022 1794 hits Available
3
Abstract
Disetasi ini adalah kajian tentang peribahasa yang digunakan oleh kaum Melayu di Selatan Thai. Peribahasa ini dikumpulkan dan diterjemahkan. Peribahasa yang dikumpulkan ini disesuaikan untuk mengajar bahasa Melayu kepada pelajar Melayu di Selatan Thai. Bab 1 adalah deskripsi mengenai negara Thai dan komposisi penduduknya bagi menjelaskan kedudukan kaum Melayu di Selatan Thai. Bab 2 menjelaskan metodologi kajian, iaitu; peribahasa Melayu ini dikumpulkan melalui temubual. Bahan bercetak seperti buku, jurnal, akhbar dan internet. Bab 3 peribahasa Melayu Thai yang dikumpulkan diklasifikasi kepada empat, iaitu; (1) peribahasa Thai yang sama erti dengan peribahasa Melayu, (2) peribahasa Thai yang seakan-akan ertinya dengan peribahasa Melayu, (3) peribahasa Thai yang sama perkataan tetapi berlainan erti dengan peribahasa Melayu dan (4) peribahasa Thai yang berbeza perkataan tetapi mempunyai sama erti dengan peribahasa Melayu. Bab 4 membincangkan bagaimana peribahasa ini dapat digunakan dalam .....
Thesis Published 2005 240 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.