AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep Kama>lulla>h dalam
kumpulan puisi Suhaimi Hj. Muhammad dengan berpandukan prinsip ketuhanan yang bersifat Kama>l dalam
teori Takmilah, serta hubungannya dengan Sifat 20 Allah SWT. Kajian ini memfokuskan kepada kumpulan
puisi Taman Takwa melibatkan 79 judul puisi berkaitan ketuhanan. Analisis kajian menggunakan
kaedah kualitatif yang diimplimentasi dengan bukti-bukti statistik subjektif, manakala data
sekunder dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Dapatan kajian membuktikan konsep dan sifat
Kama>lulla>h sama ada berbentuk ma‘a>ni> atau ma‘nawi> berjaya diterapkan oleh penyair. Daripada
504 frasa dan ungkapan Kama>lulla>h, 204 tergolong dalam sifat Qudrah, 94 sifat Ira>dah, 35 sifat
Kawnuhu sami>‘an, 30 sifat Sama„ dan 25 sifat Mukha>lafatuhu lil H{awa>dith. Dapatan juga
menunjukkan penyair menekankan pendekatan ma‘a>ni> berbanding ma‘nawi> dalam menyampaikan
.....