UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak utama, menganalisis nilai kemanusiaan dalam watak utama cerpen R Karthigesu serta meneliti peranan watak utama sebagai teladan kepada pembaca dan masyarakat secara amnya. Kumpulan cerpen Innoru tatavai, Uci ilai maram dan Nir mel eluttu yang dikarang oleh R Karthigesu sebagai korpus kajian ini. Kajian ini bersifat kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan. Teori moral telah diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga belas watak utama yang tertumpu kepada sembilan aspek iaitu anak, kakak, remaja, wan ita, ibu, bapa, suami, guru dan warga tua. Di samping itu, terdapat sembilan nilai kemanusiaan iaitu bertanggungjawab, kerajinan, kesabaran, pengorbanan, keyakinan diri, kepimpinan, hormat menghormati, kasih sayang dan keadilan. Secara keseluruhan, kajian ini dapat memberikan impak positif yang ditonjolkan melalui watak utama dalam cerpen RKarthigesu untuk dijadikan teladan kepada generasi muda masa ki.....
Thesis Published 2015 1293 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pendidikan yang dihadapi oleh watak-watak utama dalam novel-novel Re. Karthigesu, menganalisis strategi-strategi yang diambil oleh watak-watak utama dalam novel-novel Re. Karthigesu berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970) serta mengkaji keberkesanan strategi keperluan hierarki dengan pencapaian pendidikan watak utama dalam novel-novel terpilih. Novel-novel tersebut ialah Vaanathu Veligal (1981), Thediyirukum Tharunanggal (1993), Anthima Kaalam (1998), Kadhalinaal Alla (1999) dan Sudhattam Aadum Kaalam (2005). Analisis tersebut telah dikaji dengan lima keperluan seperti dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan harga diri dan keperluan penyempurnaan diri. Reka bentuk kajian adalah kaedah kualitatif yang terdiri daripada dua kaedah iaitu kaedah teks dan kaedah perpustakaan. Dari segi kaedah pengumpulan data, kajian ini dikaji dengan meng.....
Thesis Published 2023 910 hits Limited
3
Abstract
Kajian ini mengandungi tiga objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis ekspresi rasa dalam novel-novel Re. Karthigesu. Objektif kedua, menganalisis hubungkait ekspresi rasa dalam novel-novel Re. Karthigesu dengan emosi tetap pembaca berdasarkan Teori Rasa-Fenomenologi dan objektif ketiga adalah menghuraikan unsur-unsur pengajaran yang disampaikan oleh pengarang melalui ekspresi rasa. Kajian ini bersifat kualitatif yang mengaplikasikan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks untuk menganalisis lima buah novel Re.Karthigesu, iaitu Suthattam Aadum Kaalam, Kaathalinaal Alla, Antima Kalam, Thediyirukum Tharunangal dan Vaanathu Veligal. Lapan jenis ekspresi rasa dianalisis dalam novelnovel Re. Karthigesu. Antaranya, rasa berahi (kasih), lucu (riang), duka (sedih), berang (marah), wira (bertenaga), dahsyat (takut), benci (jijik) dan kagum (hairan). Setiap ekspresi rasa mempunyai korelatif objektif yang tertentu. Korelatif objektif yang berkesan dapat merangsang emo.....
Thesis Published 2024 435 hits Available
4
Abstract
The current study has set out to ascertain reading problems faced by students and its budding factors. The factors in this case were quite influential in determining that there is a gap in the reading skills of form 2 students and that the KWLH approach has to be put into use. This study has aimed to identify reading difficulties among students along with their emerging causes. The effective 3 understanding of these factors helped to identify that there is a necessity of implementing the KWLH approach to improve the reading abilities among form 2 students. The research addresses prevalent reading challenges faced by students, such as difficulties in understanding context, decoding unfamiliar vocabulary, and connecting prior knowledge with new information. A mixed-methods approach was adopted, combining qualitative and quantitative data collection tools, including pre- and postassessments, interviews, and surveys. The study outlines that improvement of students' reading and level of mot.....
Final Year Project Published 2024 203 hits Available
5
Abstract
Proses penciptaan sebuah karya bermula daripada pengalaman batin pengarang melihat kehidupannya dari aspek sosial, budaya, politik, ekonomi, keagamaan, moral, mahupun gender. Lantaran itu, hasil penulisannya itu yang sering kali diwarnai dan didasari oleh oleh sikap, latar belakang dan keyakinan dan kepercayaan pengarang itu sendiri. Salah satu aspek yang menarik untuk kita kaji dalam karya yang dihasilkan ialah kehadiran watak dan perwatakan wanita. Kajian ini bertitik tolak daripada kesedaran bahawa karya-karya sastera oleh pengarang lelaki sering menggambarkan wanita dengan tidak adil. Oleh itu, penelitian ini cuba menyelami sejauhmana pendirian ini menonjol dalam karya Re. Karthigesu dan melihat adakah kebenaran dalam tanggapan seumpama ini. Di samping itu, kajian ini juga cuba mendekati watak dan perwatakan wanita dalam novel Anthima kaalam membuktikan bahawa wanita mempunyai imej, pengalaman, suara, keinginan, wawasan, bahasa dan budaya mereka yang dicemari oleh ketidakadilan. Da.....
Article Published 2019 2270 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.