UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 4 |
1 | 2015 Thesis | Pembinaan modul Bio-I-think dan kesannya terhadap pencapaian serta kemahiran berfikir aras tinggi murid tingkatan empat Kavitha S.A.Karagaratnan Kajian ini bertujuan untuk membina Modul BIO-i-THINK dan menilai kesannya terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan enam hipotesis. Tiga set instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Modul BIO-i-THINK, soalan pencapaian dan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (soalan CogAT) bagi mengukur pengajaran bertajuk ‘Pembahagian sel’ dan ‘Nutrisi’. Seramai 30 orang murid dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul yang dibina adalah sangat sesuai dengan nilai kesahan 0.85. Tahap pencapaian berada pada tahap baik manakala tahap KBAT pula berada pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian menunjukkan ada hubungan yang signifikasi dengan KBAT. Kesimpulannya, Modul BIO-i-THINK ini dapat meningkatkan pencapaian dan KBAT murid. Implikasinya, Modul BIO-i-THINK i..... 1369 hits |
2 | 2017 Thesis | Kesan teknik eksplorasi internet berasaskan pendekatan konstruktivisme terhadap penulisan karangan fakta Kavitha Ratnam Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan teknik eksplorasi Internet berasaskan pendekatan konstruktivisme terhadap penulisan karangan fakta murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk campuran, iaitu kuantitatif dan kualitatif untuk mencapai lima objektif khusus. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dan analisis karangan. Sampel kajian terdiri daripada 73 orang murid tingkatan empat di salah sebuah sekolah di dalam Daerah Hilir Perak, Teluk Intan. Murid bagi kumpulan kawalan ialah 35 orang, manakala murid kumpulan rawatan ialah 38 orang. Dua orang guru juga dipilih sebagai sampel untuk penilaian pencapaian karangan. Huraian data bagi kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Huraian data deskriptif bagi reka bentuk kajian kuantitatif adalah dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Bagi reka bentuk kuantitatif juga, huraian data inferensi adalah dengan menggunakan Ujian-t Sampel Tidak Bersandar. Ujian Cohen's Kappa pula untuk menganalisis p..... 1232 hits |
3 | 2019 Thesis | Hubungan budaya sekolah dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Zon Sentul Kavitha Parthiban Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti wujudnya hubungan antara budaya sekolah
dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Zon
Sentul, Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif
statistik deskriptif dan inferensi. Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Satu set soal selidik elemen budaya sekolah dan
komitmen organisasi yang diubahsuai daripada "School Culture Triage Survey" dan
"Employee Commitment Survey" yang terdiri daripada 48 item skala Likert telah
digunakan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Pemilihan responden
kajian dijalankan secara pensampelan rawak mudah yang melibatkan guru-guru yang
berkhidmat di 36 buah sekolah kebangsaan (SK) yang terdapat di Zon Sentul. Populasi
yang telah dikenal pasti adalah seramai 2250 orang guru maka saiz sampel yang dipilih
adalah seramai 327 orang guru (Krejcie & Morgan, 1970). Dapatan kajian menunjukkan
wujudny..... 1035 hits |
4 | 2021 Article | School innovativeness as predictors of school performance in Malaysian primary schools Kavitha Selvaraja This study is an attempt to explore the level of school innovativeness and its prediction towards school performance as perceived by teachers. The data was collected using survey questionnaire from the sample of 324 teachers from primary schools in Johor, Perak, Pahang and Selangor. Subsequently, the collected data was analysed using descriptive analysis, One-way ANOVA and multiple regressions. The result showed that Malaysian schools practiced moderate level of innovativeness as overall. However, National Type Tamil schools practiced higher level of innovativeness in comparison with National schools and National Type Chinese schools based on teacher’s perception. Apart from that, the result also showed that teachers perceived school innovativeness significantly predict the school performance. With the result obtained, this study proposed some recommendations to the ministry, policy makers as well as researchers to improve school performance in Malaysian primary schools... 487 hits |