UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Pegangan hidup berbudaya telah menyebabkan manusia mempercayai akan wujudnya alam lain selepas kehidupan. Bagi masyarakat Iban di Sarawak mereka percaya akan alam kematian selepas kehidupan yang disebut sebagai alam Sebayan. Alam Sebayan diceritakan secara turun temurun oleh generasi Iban secara lisan dan banyak mempengaruhi dalam cerita dongeng Iban dan budaya ketara dan tidak ketara masyarakat Iban. Dalam budaya Iban terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang telah ditetapkan oleh pencipta yang dipanggil sebagai Petara dalam menjaga keseimbangan hubungan dunia kosmologi Iban. Dalam adat kematian Iban, satu upacara khas iaitu upacara Nyabak harus dilakukan dengan mengupah khidmat Tukang Sabak. Tukang Sabak memainkan peranan penting bagi menghantar roh si mati ke tempat yang sepatutnya dengan lancar. Penyelidikan ini membincangkan terhadap budaya Nyabak dan peranan Tukang Sabak dalam adat kematian masyarakat Iban di Sarawak...
Article Published 2019 855 hits Available
2
Abstract
Perspektif masyarakat Iban terhadap kewujudan artifak budaya nenek moyang mereka dan kepentingannya dengan keperluan hidup mereka kini telah berubah. Penggunaan artifak budaya terhadap amalan hidup mereka dari segi adat dan budaya Iban lama sudah dianggap tidak relevan, lalu diketepikan dan digantikan dengan budaya baharu atau mengadaptasi budaya komtemporari yang dianggap lebih mendatangkan kebaikan dan keharmonian dalam kualiti kehidupan mereka. Oleh itu, kajian ini adalah untuk memahami, meneliti dan merungkai perubahan artifak budaya Iban dalam budaya masyarakatnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu exploratory research dan pendekatan model Lewin’s (1947) bagi melihat perubahan dalam kelompok manusia. Hasil penyelidikan mendapati bahawa perubahan dan kemunduran artifak budaya Iban adalah bersangkut pahut dengan pelbagai faktor, namun yang paling dominan dalam mempengaruhi perubahan ini adalah faktor globalisasi dan tuntutan agama baharu. Satu langkah yang jitu perlu.....
Article Published 2023 672 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.