UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
Kemarau hidrologi merupakan fenomena kekurangan air yang ekstrem yang selalunya memberikan impak ke atas kehidupan normal manusia.Impak kemarau ini amat bergantung pada tahap keparahan sesuatu peristiwa kemarau. Tahap keparahan kejadian kemarau hidrologi boleh digambarkan melalui tempoh atau jumlah defisit kemarau. Tempoh kemarau yang panjang dan jumlah defisit air yang tinggi merupakan petunjuk penting bagi keekstreman kemarau. Artikel ini mengkaji tahap keparahan kemarau di lembangan Sungai. Lui, Hulu Langat, Selangor. Dalam konteks kajian ini, nilai lampauan (persentil - Q) daripada keluk tempoh alir (KTA) digunakan untuk menentukan peristiwa kemarau. Tempoh 48 tahun data luahan bagi stesen Lui digunakan bagi menentukan nilai Q. Dengan menggunakan persentil Q70 = 1.15 m3s-1sebagai paras ambang (PA) asas kemarau yang diperoleh daripada KTA, didapati tempoh dan jumlah defisit luahan yang terhasil adalah berbeza mengikut kelas keparahan kemarau. Berpandukan kepada analisis, tempoh kumu.....
Article Published 2016 3331 hits Available
2
Abstract
Kajian ini menganalisis kemarau dan sifat-sifatnya di lembangan Sungai Langat, Selangor. Luahan aliran rendah sungai dianalisis menggunakan nilai purata luahan harian (Qmean) manakala bagi peristiwa kemarau, persentil 70 (Q70) digunakan sebagai paras ambang. Luahan sungai yang mempunyai tempoh berbeza dari empat stesen iaitu Lui, Rinching, Kajang dan Dengkil telah digunakan untuk mengkaji kemarau. Statistik deskriptif, ujian trend Mann-Kendall Z, kecerunan Sen, ujian kekerapan, statistik Z, ANOVA sehala, regresi/korelasi dan Kendall digunakan dalam analisis. Hasil kajian menunjukkan purata tempoh aliran rendah adalah 9,780 hari (64.8%). Tempoh ini menyumbangkan 38.6% daripada keseluruhan luahan dalam tempoh kajian. Sebanyak 32 tahun mengalami kemarau. Tahun-tahun di mana kesemua stesen dilanda kemarau ialah 1978, 1980, 1982, 1983 dan 1999. Sebanyak 92 peristiwa kemarau telah direkodkan bagi semua stesen semasa tempoh kajian di mana kebanyakan landaan lebih tertumpu antara tahun 1976 â€.....
Thesis Published 2016 1861 hits Available
3
Abstract
Suhu permukaan darat dikenalpasti salah satu parameter penting yang sentiasa diperhati dan direkod oleh Earth System Data Record oleh pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA), World Meteorology Organization dan jabatan penyelidik antarabangsa yang lain. Perkara ini kerana suhu permukaan darat merupakan kunci penting yang menpengaruhi iklim, hidrologi, ekologi dan biokimia. Teknologi Penderiaan Jauh menawarkan pelbagai jenis satelit kepada penyelidik untuk mengkaji cuaca dan iklim. Walaubagaimanapun satelit MODIS dan Landsat merupakan satelit yang penting dalam mengkaji suhu permukaan darat. Objektif kajian ini untuk menilai keberkesanan kedua-dua satelit dalam mengukur suhu permukaan. Bagi mencapai objektif kajian ini memerlukan kedua-dua data melalui pra proses seperti pembetulan radiometrik, atmosfera dan geometrik. Langkah seterusnya melakukan penukaran nilai digital nombor menggunakan formula yang kerap digunapakai penyelidik yang lepas dalam mendapatkan nilai suh.....
Article Published 2021 743 hits Available
4
Abstract
ABSTRAK Artikel ini mengkaji tindak balas Malaysia terhadap cabaran perubahan iklim selepas sedekad pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan. Penilaian keberkesanan Dasar Perubahan Iklim Malaysia masih kurang dikupas dan dianalisis dalam mengenalpasti kekurangan sesuatu dasar bagi menjadi rujukan kepada pembangunaan dasar baharu terutamanya berkaitan dasar perubahan iklim di Malaysia. Melalui analisis data sekunder daripada laporan kerajaan, penerbitan ilmiah, dan sumber data antarabangsa, kajian ini bertujuan untuk menilai kejayaan Malaysia dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meningkatkan kesedaran masyarakat, dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen, kajian ini mendapati berlaku peningkatan pelepasan daripada beberapa sektor, namun terdapat kemajuan ketara dalam pengurangan pelepasan melalui inisiatif tenaga boleh baharu dan dasar kecekapan tenaga. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Dasar Perubahan Iklim Malaysia tela.....
Article Published 2024 406 hits Available
5
Abstract
Selangor merupakan negeri yang paling maju dan salah satu negeri terkaya di Malaysia serta menjadi penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negeri negara kasar (KDNK). Keadaan ini mempengaruhi peningkatan permintaan air. Bagi menjamin bekalan yang berterusan, situasi kondusif dari sudut cuaca, infrastruktur dan pengurusan yang cekap amat diperlukan. Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water — NRW) yang kekal melebihi 30% pada tahun 2012 dan fenomena pemanasan global merupakan antara cabaran besar dalam pembekalan air secara mapan di Selangor. Jumlah hujan dan aliran air permukaan di Selangor juga dijangka akan 'nengalami penyusutan kesan daripada fenomena kemarau. Penyusutan ini Bakal memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan kemakmuran sosial dan ekonomi Selangor. Kajian ini menganalisis pengaruh NRW ke atas kemapanan bekalan air di Selangor bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat setiap tahun terutama di musim panas atau kemarau...
Article Published 2014 1279 hits Available
7
Abstract
ABSTRAK Bekalan air bersih merupakan keperluan yang sangat penting kepada manusia. Kadar pertumbuhan penduduk dan pertambahan tempat kediaman tentunya memberi implikasi kepada penyediaan bekalan air bersih. Di kawasan luar bandar terutama di negeri Sabah, paip air graviti digunakan bagi mendapatkan sumber air yang bersih untuk kegunaan harian penduduk. Sebelum paip air graviti ini dibina, penduduk mendapatkan bekalan air daripada perigi atau mata air yang telah digali bagi mendapatkan bekalan air. Walau bagaimanapun penduduk sering berdepan dengan masalah bekalan air terutama ketika musim kemarau. Justeru, penduduk Kampung Narayat di Tambunan Sabah mengambil inisiatif bagi membina paip air graviti bagi kegunaan harian penduduk di situ. Artikel ini akan membincangkan tentang persepsi penduduk terhadap pembinaan paip air graviti dan meneliti tindakan serta langkah yang diambil oleh penduduk setempat bagi memastikan paip air graviti ini terus dijaga dengan baik dan lestari. Kajian ini men.....
Article Published 2022 771 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.