AbstractPenyelidikan dijalankan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan distributif pengetua dalam meningkatkan prestasi kerja guru. Selain itu, penyelidikan dijalankan untuk mengenal pasti amalan prestasi kerja guru yang berkaitan dengan kompetensi pedagogi, keperibadian, profesional, dan sosial pada dimensi visi misi dan matlamat, budaya sekolah, tanggung jawab dan amalan kepimpinan sekolah, serta cabarancabaran amalan kepimpinan distributif yang dihadapi di sekolah. Kaedah kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes dengan kaedah pensampelan bertujuan di tiga buah sekolah menengah atas negeri di Maumere, Kabupaten Sikka, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Sampel kajian melibatkan 3 orang pengetua, 2 orang guru di setiap sekolah dan ibu bapa pelajar. Teknik pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen seterusnya dilakukan transkripsi data dan analisis data melalui penyajian data; pengurangan data; penggabungjalinan data; dan kesimpu.....