AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi (salah tanggapan) pelajar terhadap punca dan
kesan penipisan ozon dengan menggunakan konsep kartun, serta keberkesanan penggunaan modul kartun
terhadap minat dan pencapaian pelajar. lanya melibatkan 72 orang pelajar terdiri daripada 39 orang
dalam kumpulan eksperimen dan 33 orang dalam kumpulan kawalan yang dipilih secara rawak dari sebuah
sekolah di lpoh, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk metodologi campuran (mixed methodology)
yang menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen pra dan pasca ujian, soal selidik dan temu
bual kumpulan berfokus. Miskonsepsi dianalisis secara kualitatif dan dikelaskan, sementara analisis
ujian-t digunakan untuk mengesan peningkatan pencapalan serta minat pelajar. Dapatan
kuantitatif minat pelajar ditriangulasi dengan data daripada temu bual. Hasil dapatan kajian,
miskonsepsi pelajar terhadap punca penipisan ozon dikelaskan kepada empat kategori,.....