AbstractKajian ini dijalankan adalah untuk meneroka Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)
dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan
Projek. Kajian ini dijalankan di Tadika di negeri Perak secara kualitatif menggunakan
reka bentuk kajian pelbagai kes. Sampel kajian melibatkan 15 orang kanak-kanak, dua
orang pendidik serta lima orang ibu bapa. Data kajian diperolehi daripada hasil
triangulasi pelbagai sumber data iaitu pemerhatian, temubual separa berstruktur dan
analisis dokumen yang dianalisis dengan kaedah analisis naratif dan kandungan
berdasarkan kepada tema. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak telah
menguasai keseluruhan KPSA dan dua Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB).
Aspek elemen STEM yang dikuasai pula adalah pelbagai pengetahuan sains, kemahiran
saintifik dan spatial serta nilai. Semasa pelaksanaan, pendidik menghadapi beberapa
cabaran di antaranya kekurangan dari segi alat untuk menjalankan sesuatu aktiviti,
pengetahuan pedagogi pend.....