AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
(PCK) bagi guru Sains Komputer. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan adalah
hubungan diantara Pengetahuan Pedagogi (PK) dan Pengetahuan Isi Kandungan (CK).
Model yang digunakan adalah berasaskan kepada model PCK Shulman. Rekabentuk
kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan. Seramai 78 orang
guru Sains Komputer dipilih secara rawak dari 62 buah sekolah. Instrumen soalan
selidik yang telah disahkan oleh lima orang pakar telah diedarkan dalam talian yang
mengandungi 50 item dan mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach, α =
.98. Data kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang
melibatkan ujian Anova,Ujian-t dan juga Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan
tahap Pengetahuan Pedagogi (M = 3.78, SP = .68), tahap Pengetahuan Isi Kandungan
(M = 3.96, SP = .82) dan tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (M = 3.75, SP
= .67) guru Sains Kom.....