UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis hadis-hadis yang terdapat dalam Buku Teks KAFA JAKIM dan Buku Teks KSRA JAIS. Selain itu, kajian ini mengenal pasti metodologi penulisan hadis dalam buku-buku tersebut. Kajian ini turut mengenal pasti alternatif kepada hadis-hadis yang didapati bermasalah. Pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen digunakan dalam kajian ini. Subjek kajian terdiri daripada 68 hadis yang telah disenaraikan daripada kedua-dua buku teks tersebut untuk dikenalpasti sanadnya melalui kaedah takhr?j al-?ad?th. Kaedah analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan rangkaian perawi, komentar para ulama terhadap rangkaian tersebut dan komentar para ulama al-nuqq?d terhadap perawiperawinya. Seterusnya komentar-komentar para ulama dianalisis menggunakan kaedah ‘Ilm al-Rij?l. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan terdapat 29 hadis (43%) bermasalah daripada kedua-dua buku teks dari segi kesilapan nukilan, lemah dan tida.....
Thesis Published 2019 4095 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.