UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

1
Abstract
Pengajaran Komponen Perkembangan Fizikal di peringkat prasekolah memerlukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Jasmani seseorang guru. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan penguasaan Pendidikan Jasmani dalam kalangan guru TABIKA KEMAS. Sampel kajian adalah guru-guru TABIKA KEMAS dalam perkhidmatan yang sedang mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) iaitu Kursus Dalam Cuti (KDC). Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik Rossy Physical Education Knowledge And Skills Onestionnaire (Rossy PEKSO). Sampel kajian ini bcrjumlah 46 orang berdasarkan enrolmen di Instilut Perguruan Balu Lintang. Kuching (IPBL) dan Inslitut Perguruan Tun Abdul Razak. Kota Samarahan (IPTAR). Instrumen kajian menggunakan soal selidik 5 poin skala Likert dengan pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.92 - 0.96. Analisis soal selidik mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru TABIKA KEMAS ini berada pada.....
Thesis Published 2007 1230 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.