AbstractKajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk menilai kepengarangan penulis N. Mageswari. Di samping itu, kajian ini memberi kesempatan untuk lebih mengenali imej wanita dan mengiktiraf kedudukan mereka dalam struktur sosial masyarakat India. Pendekatan ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka dalam masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Kaedah-kaedah ini membantu mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemikiran feminisme. Melalui kajian ini, pengkaji menerangkan imej wanita, perjuangan kaum wanita dan kepengarangan pengarang. Justeru, pengkaji lebih menekankan kebebasan kaum wanita dan kesen.....